" "
Buletin

SAIC MOTOR MALAYSIA UMUM HARGA RASMI MG HS – HARGA BERMULA RM129K

SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi SUV MG HS baharu yang kini hadir dalam dua varian, Standard dan Lux.

Harga masing-masing bermula daripada RM129,900 dan RM145,900, dengan tawaran pengenalan eksklusif bernilai RM5,000 sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun MG yang ke-100.

MG HS baharu menampilkan reka bentuk luaran yang lebih elegan dan berani. Di bahagian hadapan, lampu utama LED Bi-Fungsi dengan Lampu Siang (DRL), dan bampar belakang yang direka semula.

Perincian lain termasuklah dilengkapi dua ekzos, spoiler sporty, dan rim aloi ‘Diamond Cut’ bersaiz 18-inci, melengkapkan imej dinamik MG HS.

Untuk peminat elemen sporty, MG HS hadir dengan angkup brek merah dan mod pemanduan “Super Sport” yang menjadikan pengalaman memandu lebih mengujakan.

Bahagian dalaman MG HS menawarkan pencahayaan ambien 64-warna, tempat duduk Sport, serta bumbung suria panoramik untuk memberikan pengalaman kabin yang premium.

Dari segi teknologi, SUV ini dilengkapi dengan paparan instrumen digital 2.3-inci, skrin infotainmen 10.1-inci beresolusi tinggi dengan kamera 360°, serta sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem MG iSMART turut disediakan, membolehkan kawalan telefon pelbagai fungsi yang memudahkan pengalaman pengguna.

Ruang kargo pula menawarkan kapasiti sehingga 1,287 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, lengkap dengan pintu belakang kuasa untuk kemudahan tambahan.

Dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5L yang digabungkan dengan transmisi klac berkembar automatik 7-kelajuan, MG HS mampu menghasilkan 162PS dan tork maksimum 250Nm.

SUV ini juga dilengkapi dengan sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) melalui jenama MG Pilot, termasuk ciri keselamatan seperti:

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Amaran Lorong dan Bantuan Lorong (LDW & LKA)

Ciri tambahan seperti Blind Spot Detection (BSD), Lane Change Assist (LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Intelligent High Beam Assist memastikan pemanduan yang selamat dan tenang.
MG HS ditawarkan dalam empat warna menarik: Black Pearl, Arctic White, Camden Grey, dan Dynamic Red, semuanya dipadankan dengan upholsteri kulit hitam.

Pelanggan juga menikmati pakej jaminan meliputi:

  • 5 Tahun Jaminan Kenderaan Tanpa Had Jarak Perbatuan
  • 7 Tahun Jaminan Rangkaian Kuasa Tanpa Had Jarak Perbatuan

Sempena ulang tahun ke-100 MG, SAIC Motor Malaysia menawarkan potongan RM5,000 untuk semua varian MG HS, menjadikannya peluang terbaik untuk menyertai keluarga MG.

Harga Rasmi

  • MG HS Standard – RM129,900
  • MG HS Lux – RM145,900

SUV ini kini tersedia untuk tempahan di semua pengedar rasmi MG di seluruh negara.

GALERI:

Google ads
Back to top button