Buletin

MICHAEL SCHUMACHER KEKAL PELUMBA TERMAHAL DALAM SEJARAH

Kita semua kena akui pengaruh yang ditinggalkan oleh Michael Schumacher, lagenda Grand Prix Formula Satu terus kekal dalam lipatan sejarah. Dalam tak sedar, juara dunia ini sudah terlantar 3 tahun dalam keadaan koma akibat satu insiden sewaktu bermain ski di Perancis.

Namun apa yang kita tahu tentang beliau? Schumacher sehingga hari ini kekal sebagai pelumba yang termahal dalam sejarah perotoran.

BACA – CARLOS GHOSN, LELAKI AJAIB RENAULT-NISSAN

BACA – DIARI HKS, SELAMAT TINGGAL HASEGAWA SAN

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, juara dunia TUJUH kali itu telah menerima sejumlah bayaran USD 1 Billion sepanjang kariernya dalam Formula Satu.  Itu meletakkan beliau di tempat kelima dalam senarai ahli sukan yang menerima bayaran paling mahal dalam sejarah.

Beliau berkhidmat dengan banyak majikan dari Benetton, Ferrari dan mengakhiri karier dengan Mercedes pada 2012.  91 kemenangan podium bukan sahaja sejarah yang besar namun pendapatan dari pelbagai sumber menjadikan beliau pelumba dengan pendapatan tertinggi setakat ini.

Dalam senarai itu juga, atlit yang menerima bayaran paling mahal ialah lagenda bola keranjang NBA Michael Jordan dengan bayaran USD 1.7B diikuti ikon golf Tiger Woods d tempat kedua dengan USD1.6B, Arnold Palmer ketiga USD 1.35B dan pemain golf Jack Nicklaus USD 1.15B di tempat keempat.

Kadang-kadang bunyi macam tidak adil juga, main golf santai-santai saja boleh dapat senarai atlit terkaya. Bandingkan dengan risiko pelumba F1. Kan?

 

 

Google ads
Back to top button