Buletin

SUBARU IMPREZA SERBA BAHARU DINOBAT SEBAGAI CAR OF THE YEAR JAPAN 2016–2017

Fuji Heavy Industries Ltd. (FHI), pengeluar kenderaan Subaru mengumumkan bahawa Subaru Impreza serbaga baharu telah dipilih sebagai Car of the Year Japan 2016–2017.

Ini merupakan kali kedua Subaru menerima pengiktirafan itu selepas Legacy pada tahun 2003.

subaru-impreza-2017-japan-mekanika-4

Dibina di atas platform Subaru Global, Subaru Impreza mahu menawarkan pengalaman pemanduan yang ‘paling menyeronokkan dan menenangkan minda’ kepada semua pemandu serta penumpangnya.

BACA: PENGARUH SUBARU IMPREZA STi VERSION 9

Jentera tersebut dilengkapi pelbagai teknologi baharu yang  meningkatkan aspek keselamatan, dinamik pemanduan dan kualitinya. Ia juga menjadi kereta pertama daripada pengeluar Jepun yang dipasang dengan beg udara perlindungan pejalan kaki sebagai satu ciri standard.

subaru-impreza-2017-japan-mekanika-6

Selepas sebulan dilancarkan pada 13 Oktober lalu di Jepun, Impreza melepasi sasaran jualan asalnya iaitu 2,500 unit kepada 11,050 tempahan. Permintaan daripada pelanggan yang sebelum ini bukan peminat Subaru begitu jelas.

BACA: SUBARU IMPREZA 2 PINTU

Ini sekali gus menunjukkan bahawa Impreza berjaya menarik perhatian kelompok pelanggan yang lebih luas di Jepun.

subaru-impreza-2017-japan-mekanika-2

Impreza dijana oleh enjin pancitan terus Boxer four bersesaran 2.0 liter. Mampu menjana kuasa sehingga 152hp, enjin yang telah menerima banyak penambahbaikan itu dipadankan dengan kotak gear Lineartronic CVT.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan, pengedar dan pemegang saham atas sokongan mereka selama ini kepada Subaru. Kami akan terus meningkatkan usaha demi menawarkan pengalaman pemanduan terbaik kepada semua,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FHI, Yasuyuki Yoshinaga.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button