Buletin

MINUM STARBUCKS, REBUT PELUANG MENANG PEUGEOT 3008 SUV PLUS

Nasim Sdn. Bhd., pengedar kenderaan jenama Peugeot di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Starbucks Malaysia.

Jadi, anda boleh mengambil bahagian dalam peraduan Starbucks Sip & Win untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM160,000 termasuk sebuah Peugeot 3008 SUV Plus baharu.

Ini merupakan peluang sekali seumur hidup untuk memenangi Peugeot 3008 SUV Plus. Jentera itu menjadi bukti keupayaan Peugeot dalam menghasilkan sebuah SUV yang sofistikated, berteknologi tinggi dan mewah.

Selain hadiah utama itu, Starbucks Malaysia juga akan menawarkan lima unit fon kepala tanpa wayar Sony WH-1000MX, tujuh botol minuman Starbucks Holiday Edition Swarovski® dan 50 kad Starbucks.

Cabutan tiga hadiah utama akan dilakukan di hadapan orang ramai tahun depan.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 dalam satu resit dengan Kad Starbucks atau aplikasi di mana-mana kedai Starbucks di Malaysia di bermula 1 September hingga 30 November 2020.

Peraduan ini terbuka kepada semua ahli Starbucks Rewards berusia 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://peugeot.com.my/starbucks-sip-win-contest.

Google ads
"
"
Back to top button