
SUV UNTUK ORANG MATANG! PEUGEOT 3008 DENGAN RUPA BAHARU CUMA RM138K – JIMAT RM31K!
Kalau anda sedang mencari SUV premium yang ada aura continental tanpa perlu bayar harga penuh jenama Eropah, inilah masanya.
Peugeot 3008 kini tampil dengan logo baharu dan kemas kini rekaan terkini, pada harga promosi RM138,000 berbanding harga asal RM169,388.
Itu bermakna anda menikmati rebat RM31,388 – sementara stok masih ada.

Kemas kini terbaharu ini memastikan 3008 kekal segar dan selari dengan hala tuju rekaan global PEUGEOT:
- Gril hadapan baharu dengan logo PEUGEOT terkini
- Emblem “3008” baharu di hadapan & belakang
- Emblem PEUGEOT baharu di bahagian belakang
- Rim 18-inci rekaan baharu “Granite”
- Logo baharu pada stereng & paparan kluster
- Logo baharu pada penerima telematik
- Kunci pintar (key fob) dengan identiti terkini
Perincian ini mungkin nampak halus, tetapi ia membezakan antara sekadar SUV dan sebuah SUV premium yang benar-benar berkarakter!

Pada harga RM138,000, 3008 menawarkan pengalaman pemilikan SUV continental yang jarang ditemui dalam segmen ini.
Rekaan luarannya tampil matang dan elegan, manakala kabin i-Cockpit memberikan rasa eksklusif sebaik anda duduk di tempat pemandu.
Ini pilihan bijak untuk mereka yang mahukan:
- Status dan karakter jenama Eropah
- Kualiti binaan yang kukuh
- Pengalaman pemanduan premium, tanpa perlu membayar harga “full conti”.
3008 bukan SUV yang mengejar trend. Ia untuk mereka yang tahu apa yang mereka mahukan.

Sesuai untuk:
- Pemilik sedan atau SUV segmen-C yang mahu naik taraf
- Pembeli pertama jenama continental
- Mereka yang menghargai keselesaan, rekaan dan kehadiran atas jalan
Di bawah bonet, PEUGEOT 3008 digerakkan oleh enjin 1.6L Twin Scroll Turbo High Pressure yang mampu menghasilkan kuasa 165hp pada 6,000rpm dan tork maksimum 240Nm seawal 1,400rpm.
Padanan transmisi automatik 6-kelajuan Aisin Quickshift pula memastikan penukaran gear yang lancar dan responsif, sekali gus memberikan pengalaman pemanduan bertenaga dalam apa jua keadaan.
Penggunaan bahan api pula sekitar 7.3L/100km, manakala cukai jalan hanya RM90 setahun – menjadikannya lebih mesra poket untuk pemilikan jangka panjang.
Bukan itu sahaja, apabila anda masuk ke dalam pula, anda akan faham kenapa i-Cockpit menjadi identiti tersendiri:
- Paparan kluster digital 12.3-inci gaya head-up
- Skrin sentuh kapasitif 10-inci dengan arahan suara
- Apple CarPlay & Android Auto
- Pengecas telefon tanpa wayar
- Tempat duduk pemandu larasan elektrik
Reka bentuk “lion-fang” DRL, lampu utama Full-LED dan lampu belakang “lion-claw” menegaskan lagi DNA rekaan PEUGEOT yang moden dan berani.

Masih belum cukup, model ini turut hadir dengan ciri praktikal dan selamat seperti;
- Tailgate automatik dengan fungsi bebas tangan
- Ruang but 591 liter (1,670 liter dengan tempat duduk belakang dilipat rata)
- ESP
- Blind Spot Monitoring
- Active Lane Keeping Assist
- Driver Attention Warning
Nikmati jaminan 7 tahun atau 200,000 km, memberikan ketenangan fikiran untuk perjalanan harian mahupun jarak jauh.
Dengan rebat RM31,388 dan harga istimewa RM138,000, Peugeot 3008 ini menawarkan nilai yang sukar ditandingi dalam dunia SUV premium.
Jika anda mahukan SUV yang ada rupa, rasa dan reputasi – tetapi dengan harga yang lebih bijak, inilah peluangnya.
GALERI:































