
MITSUBISHI AIRTREK EV, ENJIN 4G63 TURBO DIGANTIKAN DENGAN MOTOR ELEKTRIK
Awal dekad 2000, Mitsubishi merupakan antara jenama yang aktif memperkenalkan SUV dalam barisan model baru mereka. Salah satu model yang menarik perhatian ialah Airtrek, dikuasakan dengan enjin 4G63 lengkap dengan turbo merupakan nadi yang sama untuk model sport Evolution mereka
Dengan menghamburkan 236 kuasa kuda dan 343 Nm tork, ia memang layak menggunakan logo Turbo R. Tapi apabila model in dihentikan pengeluarannya pada tahun 2008 dan model untuk pasaran eksport menggunakan nama Outlander, nama Airtrek seakan terkubur buat selamanya.
Namun 2 hari lepas nama Airtrek dihidupkan kembali oleh GAC Mitsubishi Motors yang merupakan syarikat kerjasama antara Mitsubishi dan juga Guangzhou Automobile Group di festival Auto Guangzhou 2021. Enjin 4G63 yang popular beserta sistem turbo telah digantikan dengan motor elektrik dengan 181 kuasa kuda dan juga bateri

Dari segi dimensi Airtrek ini direka dengan lebar 1920mm, tinggi 1728mm dan jarak antara roda 2830mm. Panjang keseluruhan Airtrek EV ialah 4630mm. Kuasa elektrik datang daripada bateri sebesar 70 kWh lithium ion yang membolehkan Airtrek dipandu sejauh 520km untuk satu pengecasan penuh
Dari segi rekaan luar, Airtrek EV menggunakan bahasa rekaan yang sama dengan model Mitsubishi yang lain iaitu rekaan Dynamic Shield dengan kedudukan lampu DRL diletakkan pada bahagian atas manakala lampu utama diposisikan pada bahagian bawah iaitu dibahagian bampar
Jika diperhatikan pada bahagian sisi pula, pemegang pintu dihasilkan dengan rekaan tersembunyi yang akan keluar apabila ditekan, plastic clading yang minima pada bahagian perumah tayar, bahagian tengah, rel bumbung, cat 2 tona di bahagian bumbung serta badan dan juga logo EV

Rekaan papan pemuka dan kabin juga mengekalkan rekaan yang ringkas dan biasa digunakan oleh kebanyakan model Mitsubishi yang lain dengan menggunakan tema warna hitam dan juga putih. Rekaan ini juga didominasi oleh penggunaan 2 skrin besar 12.3 inci pada bahagian papan pemuka dan satu lagi skrin bagi menggantikan meter konvensional
Kebanyakan butang kawalan termasuk sistem penyaman udara digantikan dengan skrin sesentuh meningalkan ruang dalaman yang nampak kemas melainkan beberapa butang rotari sahaja. Disebabkan jarak antara roda adalah besar, maka Airtrek EV menawarkan ruang yang luas terutama pada bahagian belakang tapi penggunaan bateri menyebabkan Airtrek menjadi berat sehingga 1900kg
Airtrek dijangka akan mulai dijual pada tahun 2022 dengan tawaran harga permulaan RM 138,000 dan varian termahal dijual pada harga RM 158,000.
