
BRIXTON K750GT MASUK MALAYSIA AWAL 2027 – HARGA BAWAH RM40K
MForce Bike Holdings baru-baru ini telah pun menyerahkan enam unit motosikal untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena program Proof of Concept (PoC).
Antara model tersebut adalah dari jenama Brixton Motorcycles yang melibatkan model K750GT.

Menariknya, kami difahamkan bahawa motosikal berkenaan akan turut dijual kepada orang awam bermula suku pertama 2027. Kami diberitahu harga jualan adalah bawah RM40,000.
Atas kertas, K750GT ini dikuasakan enjin dua silinder 730cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 75hp pada 8,500rpm dan 69Nm.

Sebagai motosikal grand tourer (GT), K750GT ini menawarkan pengalaman menunggang yang selesa yang disumbangkan tempat duduk luas, handlebar yang tinggi, dan penghadang angin boleh laras secara elektronik.
Pakej casis terdiri dari fork terbalik (USD) 41mm boleh laras, brek empat piston berkembar di hadapan yang dipadankan bersama ABS Bosch, tangki bahan api berkapasiti 24L.

Maklumat lebih terperinci berserta harga rasmi akan diketahui pada hari pelancaran nanti.








