Buletin

MITSUBISHI BAKAL PAMER MODEL BAHARU, MAAF BUKAN LANCER

Mitsubishi Motors bakal menayangkan kenderaan konsep baharu di Pameran Kenderaan Geneva ke-89 pada 5 Mac 2019.

Kepada yang berangan-angan kenderaan itu adalah model gantian Lancer, harap maaf ianya adalah sebuah SUV.

Mungkin kita perlu pasrah bahawa Mitsubishi sekarang ini mahu dikenali sebagai pengeluar SUV dan kenderaan elektrik.

Tiada khabar berita tentang model kereta penumpang seperti Lancer, Galant atau hot hatch dua pintu Mirage. Apatah lagi model coupe seperti Mirage Asti.

Mitsubishi Outlander

Nampaknya model-model itu hanya segar bermain di fikiran kaki kereta era 80an dan 90an.

Model konsep yang bakal dipamerkan itu dinamakan sempena resort percutian musim sejuk di Switzerland iaitu Mitsubishi Engelberg Tourer Concept.

Model itu katanya akan membawa gayaan dan praktikaliti sebuah SUV ke tahap seterusnya dan jeng jeng jeng, teknologi kenderaan elektrik.

Jelas, Mitsubishi mahu fokus kepada SUV dan EV.

Mitsubishi Eclipse Cross
Eclipse Cross. Walaupun guna nama Eclipse tapi cun juga.

Lebih menarik dalam siaran media yang sama, Mitsubishi turut menyebut tentang Mitsubishi Outlander PHEV.

Model ini secara konsisten merupakan EV plug-in terlaris di United Kingdom dalam segmen SUV plug-in hibrid sejak dilancarkan pada tahun 2014.

Untuk model konsep ini Mitsubishi hanya mendedahkan sekeping gambar dan jelas ia tampil dengan bahagian depan dynamic shield seperti Xpander dan Triton baharu.

Lebih banyak gambar akan didedahkan menjelang pameran di Geneva.

Triton baharu – Memang lawa dan maskulin.

Kepada peminat Mitsubishi, perkongsian platform dan teknologi dalam Perikatan mungkin akan memberi harapan kepada pengeluaran semula model legenda era 80an dan 90an.

Renault ada Clio, Nissan ada Micra, Renault ada Megane Sedan, Nissan ada Sylphy.

Begitulah harapnya.

BACA: MITSUBISHI DELICA D:5 – BAKAL BERTANDANG KE TOKYO AUTO SALON 2019, BULAN DEPAN

BACA: MITSUBISHI LANCER 1.5 YANG DISUMPAH JADI EVOLUTION 6

Google ads
Back to top button