Buletin

MITSUBISHI TRITON FACELIFT

Pagi tadi, pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan model Triton yang baru. 

SONY DSC

Model facelift tersebut merangkumi varian Triton VGT GS, Triton 2.5 AT, Triton 2.5 MT dan Triton 2.5 MT STD. Bagi Triton VGT GS, perubahan yang diterimanya termasuklah rekaan bampar hadapan dan gril baharu serta lampu utama jenis projektor.

SONY DSC

Pada bahagian dalaman pula, model itu dilengkapi sistem audio dengan skrin sentuh bersaiz 6.1 inci yang turut bertindak sebagai kamera mengundur. Tempat duduknya dibalut kulit. Ia juga menggunakan sistem pendingin automatik, di samping bumbung suria, meter RV dan filem pelindung pada cermin tingkap.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

SONY DSC

Penampilannya diserlahkan lagi menerusi rim aloi bersaiz 17 inci bersama rekaan baharu (varian lain rim aloi 16 inci). Di samping bed kargo lebih pendek dan sport bar berwarna hitam. Triton VGT GS dikuasakan oleh unit enjin 2.5 liter DOHC intercooler turbocharged VGT common rail DI-D.

SONY DSC

Enjin yang dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan automatik itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 178PS @ 4,000rpm dan tork maksimum 350Nm @ 1,800-3,500rpm.

SONY DSC

Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, lebih 46,000 unit Triton telah berjaya dijual. Tahun lalu sahaja, sebanyak 7,000 unit Triton terjual dengan perkongsian pasaran mencecah 13.2 peratus.

“MMM mensasarkan untuk mengekalkan jualan purata sebanyak 600 unit kenderaan Mitsubishi sebulan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MMM, tetsuya Oda.

mitsubishi-triton-extra-mekanika (2)

Harga dan warna varian Triton adalah seperti berikut:

Triton VGT GS: RM107,809 (merah, putih, hitam)

Triton 2.5 AT: RM95,247 (perak, putih, hitam)

Triton 2.5 MT: RM90,377 (perak, putih, hitam)

Triton 2.5 MT STD:82,185 (perak, putih solid)

SONY DSC

Semua harga adalah di atas jalan tidak termasuk insurans. Pembeli juga akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh100,000km (mana-mana tiba dahulu), selain pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi selama dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button