
PANDU UJI LEXUS ES
Sepanjang bulan Mac ini, Lexus Malaysia menjemput para pelanggan untuk mengunjungi bilik pamerannya di seluruh negara pada hujung minggu bagi memandu uji sedan mewah Lexus ES. Bukan itu sahaja, pelbagai promosi menarik juga ada disediakan.
Tawaran itu dibuat berikutan sambutan hangat yang diterima terhadap Lexus ES apabila lebih 400 tempahan telah dibuat setakat ini. Untuk makluman, Lexus ES mula menjengah pasaran negara sejak Oktober 2013.
Menurut Lexus Malaysia, memandangkan minat ke atas Lexus ES terus positif, pihaknya akan membawa masuk lebih banyak stok untuk memenuhi permintaan. Maka, stok sedia ada membolehkan penghantaran segera dibuat.
Lexus ES berjaya menarik minat ramai kerana aspek keselesaan, kemewahan dan elegannya dirangkumkan dalam harga yang cukup menarik iaitu bermula RM259,800 seunit.
Jika ingin memandu uji Lexus ES, bilik pameran Lexus terletak di Mutiara Damansara, Jalan Sultan Ismail, Jalan Sungai Besi, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 1-800-88-53987 (1-800-88-LEXUS).
Maklumat lanjut boleh didapati di semua bilik pameran Lexus atau layari laman web: www.lexus.com.my.










