Buletin

MITSUBISHI UMUM PROGRAM BANTUAN BANJIR. DISKAUN 30% ALAT GANTI, 50% KOS BURUH, TUNDA PERCUMA

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan program bantuan banjir kepada semua pemilik kenderaan Mitsubishi yang terjejas akibat bencana alam itu di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang. 

MMM akan menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus ke atas alat ganti tulen dan 50 peratus kos buruh mulai sekarang hingga 20 Januari 2022. Pelanggan juga diberi perkhidmatan menunda secara percuma. 

Mereka hanya perlu menghubungi talian khidmat pelanggan 24 jam Mitsubishi Assist 1-800-88-2166 untuk mendapatkan perkhidmatan ini.  

Pelanggan yang mendapatkan sendiri perkhidmatan menunda tanpa bantuan MA24 dan perlindungan insurans layak menerima rebat sehingga RM300. Mereka bagaimanapun perlu membuat laporan polis dan menunda kenderaan ke pusat servis sah Mitsubishi yang terdekat. 

“Semua kakitangan dan pengedar sah kami bersedia untuk membantu pelanggan. Kami harap bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam waktu sukar begini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda. 

Google ads
Back to top button