![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/12/Program-Bantuan-Banjir-Honda-mekanika1.jpeg)
PROGRAM BANTUAN BANJIR HONDA. 25% DISKAUN ALAT GANTI, ELAUN BANJIR SEHINGGA RM1.5K UNTUK PELANGGAN HiP
Honda Malaysia mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi meringan beban pelanggan yang kereta mereka rosak akibat banjir. Pelanggan akan diberi diskaun sebanyak 25 peratus ke atas alat ganti tulen.
Program Bantuan Banjir Honda yang bermula sekarang hingga 31 Januari 2022 itu menyokong pelanggan yang berada di kawasan banjir. Pelanggan diminta untuk mengunjungi mana-mana pengdar sah Honda bagi tujuan penilaian dan pemeriksaan.
Mereka yang melanggan Honda Insurance Plus (HiP) bakal menikmati pemeriksaan percuma bagi memastikan kenderaan selamat dipandu. Selain menyediakan serviis menunda, pelanggan juga akan menerima elaun banjir sehingga RM1,500 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk meringankan beban mereka.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/12/Program-Bantuan-Banjir-Honda-mekanika.jpg)
Pada masa sama, Honda Malaysia bekerjasama rapat dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan.
HiP menekankan tiga aspek iaitu Rescue (menyelamat), Protection (melindungi) dan Savings (penjimatan). Ia nyata selari dengan komitmen Honda Malaysia untuk memberi ketenangan minda kepada semua pemilik kenderaan Honda menerusi satu perlindungan yang komprehensif.
Pelan itu turut hadir dengan bantuan tepi jalan, di mana pasukan penyelamat sentiasa bersedia untuk membantu pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
“Kami amat bersimpati dengan mangsa yang terpaksa mengosongkan rumah, serta mengalami kerosakan harta benda dan kenderaan akibat banjir di beberapa buah negeri di Malaysia. Kami harap Program Bantuan Banjir Honda ini dapat meringankan beban pelanggan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.
Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir, sila hubungi talian tol percuma Honda: 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my