Buletin

MMM ANJUR FESTIVAL ‘DRIVE YOUR AMBITION’ DI MIRI PADA 18-19 JANUARI INI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, bakal mengadakan festival “Drive your Ambition”, sebuah acara pengalaman 4×4 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Januari 2025 di ParkCity Eastwood, Miri, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Acara ini akan menampilkan kemampuan luar biasa dan pengendalian unggul Mitsubishi Triton serba baharu melalui pelbagai aktiviti ujian pandu yang menarik.

Pengunjung berpeluang merasai sendiri pengendalian yang diinspirasikan daripada sukan permotoran dengan memandu Triton serba baharu melalui halangan mencabar seperti side traverse, water wading, hill climb, gravel pit, mud pit, serta articulation crawler.

Melalui cabaran ini, peserta dapat menguji ciri utama Triton, iaitu sistem Super Select 4WD-II dengan empat pilihan:

  • 2H (pacuan roda belakang)
  • 4H (pacuan empat roda sepenuh masa)
  • 4HLc (locked center differential)
  • 4LLc ((locked center differential with lower gears)

Sistem ini bekerjasama dengan tujuh mod pemanduan, termasuk mod jalan raya, yang ditambah baik berbanding hanya empat mod luar jalan pada model sebelumnya.

Peserta juga boleh menguji kebolehan Triton Single Cab yang membawa muatan satu tan minyak sawit melalui halangan seperti rendaman air, pendakian bukit, dan permukaan kerikil.

Dibina untuk kegunaan praktikal, Triton Single Cab menawarkan kapasiti muatan terbesar dalam kelasnya dengan panjang 2,340mm dan lebar 1,580mm.

Tarikan Lain di Festival

  • Promosi menarik untuk Triton serba baharu, seperti Diesel Rewards dan Penyelenggaraan Percuma Selama 2 Tahun. Tempah Triton serba baharu semasa acara berlangsung dan dapatkan Naturehike Cooler Box bernilai RM150.
  • Ujian pandu Triton serba baharu dihalangan khas akan memberikan ganjaran berupa hadiah menarik seperti Naturehike Camping Stool dan beg tote Triton serba baharu.
  • Persembahan memukau daripada artis tempatan, Dabra Sia pada 18 Januari dan Azam Pitt pada 19 Januari.
  • Aktiviti untuk seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk memandu uji model terbaru Mitsubishi Motors dan nikmati tawaran eksklusif!

Google ads
"
"
Back to top button