
HONDA RS-X WINNER DIPERKENAL – KINI DENGAN KLAC ‘ASSIST & SLIPPER’, DARI RM9,998
Honda RS-X Winner telah pun dirasmikan untuk pasaran tempatan dengan harga jualan (cadangan) RM9,998 bagi warna biru, hijau dan kelabu sementara RM10,298 bagi warna kuning dengan rim warna emas.

Untuk makluman, RS-X Winner 2025 ini merupakan model sama yang dilancarkan di Vietnam tahun lalu dan dikenali sebagai Winner X.
Ini bermakna, antara penambahbaikan yang diterima termasuk sistem klac ‘asssit & slipper’, sistem smartkey (keyless) dan pengecas USB. Pada masa sama, panel badan juga telah diberi nafas baru dengan beberapa perubahan kecil termasuk di bahagian panel depan dan ‘dashboard’.

Namun begitu, beberapa ciri masih lagi dikekalkan termasuk enjin yang masih lagi dipacu unit satu silinder 149.2cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm. Meskipun begitu, bahagian laluan minyak telah dinaik taraf bagi memperbaiki pelinciran ‘tensioner’ yang sebelum ini terpalit dengan beberapa isu.



Dalam pada itu, bahagian lain yang dikekalkan termasuk ABS satu saluran, transmisi 6-kelajuan, fork teleskopik depan, monoshock dengan pelarasan pra-beban di belakang serta tangki bahan api yang masih kekal dengan 4.5L.
GALERI: HONDA RS-X WINNER 2025











