" "
Buletin

PEUGEOT MALAYSIA TAWAR REBAT RM21,500 UNTUK PEUGEOT 2008 – KINI BERHARGA RM111,888

PEUGEOT Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model crossover kompak, PEUGEOT 2008.

Dengan potongan harga ini, PEUGEOT 2008 kini boleh dimiliki pada harga RM111,888 (harga asal RM133,388), menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Harga ini turut terpakai untuk model PEUGEOT 2008 tahun 2025 selain, menawarkan jaminan komprehensif selama 7 tahun untuk ketenangan minda.

Bagi pelanggan yang ingin menikmati penyelenggaraan tanpa kerisauan, PEUGEOT Malaysia turut menawarkan program 5 Years Service Inclusive pada harga RM10,000.

Program ini merangkumi kos alat ganti untuk 10 kali servis dalam tempoh lima tahun serta kos buruh.

PEUGEOT 2008 menawarkan gabungan menarik antara gaya dan prestasi. Model ini dilengkapi rim aloi 17-inci, lampu utama LED penuh dengan reka bentuk ikonik 3-cakar, serta pemilih mod pemanduan (Drive Mode Selector) untuk pengalaman memandu yang lebih dinamik.

Selain itu, bahagian dalaman PEUGEOT 2008 turut menampilkan reka bentuk inovatif 3D i-Cockpit®, memberikan suasana pemanduan yang intuitif dan mewah untuk pengalaman perjalanan lebih menyeronokkan.

Dari segi kuasa, PEUGEOT 2008 dipacu oleh enjin 1.2 liter turbocharged PureTech, yang mampu menghasilkan kuasa 130hp dan tork 230Nm.

Orang ramai yang berminat untuk merasai PEUGEOT 2008 boleh mengunjungi bilik pameran PEUGEOT terdekat dan membuat tempahan pandu uji.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.peugeot.com.my.

Google ads
Back to top button