Buletin

MODEL PEUGEOT EDARAN BAASB KINI HADIR DENGAN JAMINAN DAN PENYELENGGARAAN PERCUMA SELAMA 5 TAHUN

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) baru-baru ini mengumumkan bahawa semua kenderaan yang diedar pihaknya kini hadir dengan jaminan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun, berkuat kuasa serta-merta.

Ia melibatkan model-model seperti 2008, 3008, 5008 dan semua yang diedar oleh BAASB sejak dilantik oleh Stellantis.

Pakej penyelenggaraan percuma itu melibatkan melibatkan kos buruh, alat ganti dan minyak pelincir.

Dengan pakej berkenaan, model-model Peugeot di Malaysia hadir bersama selang servis 15,000km atau 12 bulan (mana-mana tiba dahulu). Selang servis itu dibuat selepas ujian ekstensif dijalankan dalam negara.

Selang servis yang panjang itu adalah sebahagian usaha untuk mengurangkan penggunaan minyak pelincir dan alat ganyi yang memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

Ia juga boleh mengurangkan kos pemilikan dan kekerapan ke bengke. Terma dan syarat daripada pengeluar bagaimanapun tidak berubah.

Pemilik kenderaan boleh melayari laman customer.peugeot.com.my untuk mendapatkan temu jani servis atau maklumat penting seperti jaminan dan lokasi pusat servis terdekat.

Google ads
Back to top button