STELLANTIS MALAYSIA RASMI PUSAT PAMERAN PELBAGAI JENAMA MILIK ALLURE AUTO OLD KLANG ROAD
Stellantis Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Allure Auto di Old Klang Road, pusat pameran pelbagai jenama pertama di negara ini.
Pusat ini akan mempamerkan model baharu PEUGEOT di samping jenama Leapmotor yang baru dilancarkan bersama SUV elektrik terbaharunya, Leapmotor C10.
Terletak secara strategik di Old Klang Road, pusat pameran baharu ini menawarkan kemudahan yang luas dan mampu mempamerkan sehingga lima kenderaan.
Direka dengan estetika moden terkini serta mencerminkan penjenamaan PEUGEOT dan Leapmotor di bawah satu bumbung, pusat pameran ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang komprehensif.
Ini termasuk ruang rehat pelanggan yang selesa, ruang penyerahan kenderaan, serta paparan konfigurator interaktif untuk meningkatkan perkhidmatan dan keterlibatan pelanggan.
Operasi Allure Auto di Old Klang Road akan dimulakan sebagai pusat jualan 1S dan tidak lama lagi akan menawarkan kemudahan servis dan alat ganti tambahan (2S) di USJ 1, yang akan dikongsi dengan PEUGEOT Subang Jaya.
Kemudahan gabungan ini dikendalikan oleh juruteknik bertauliah Stellantis serta dilengkapi untuk menyelenggara kenderaan PEUGEOT.
Selain itu, pusat ‘hub’ pula akan menjalankan pembaikan utama dan sistem voltan tinggi, baik pulih badan dan cat, diagnostik serta penyelenggaraan umum untuk menyokong keperluan selepas jualan Leapmotor C10 baharu.
Bagi memastikan sokongan lancar untuk pelanggan sedia ada PEUGEOT, Allure Auto akan bekerjasama dengan pusat jualan PEUGEOT yang sah untuk menangani sebarang isu teknikal.
Untuk maklumat lanjut, layari www.peugeot.com.my dan www.leapmotor.com/my atau ikuti saluran media sosial.