Peranti

ACER TRAVELMATE P2. KOMPUTER RIBA TAHAN LASAK UNTUK EKSEKUTIF, RM2,699 SEUNIT

Acer Malaysia baru-baru ini melancarkan komputer riba yang tahan lasak iaitu TravelMate P2 ke pasaran tempatan.

Sesuai untuk digunakan oleh para eksekutif, syarikat yang memerlukan komputer riba yang boleh dipercayai dan selamat akan mengakui Acer TravelMate P2 sebagai peranti terbaik buat mereka.

Padat dengan pelbagai ciri yang berguna dan pilihan ketersambungan termaju, TravelMate P2 dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Generasi ke-11.

Ia kemudian dipadankan bersama Intel® Iris® Xe Graphics untuk menawarkan prestasi GPU dan kelajuan grafik AI yang mendahului industri.

Komputer riba itu juga menawarkan ketersambungan wayar dan tanpa wayar yang terbaik dalam kelasnya. Dengan pilihan pemacu keras 1TB atau 512GB PCIe NVMe SSD dan RAM yang boleh dinaik taraf sehingga 32GB, TravelMate P2 bersedia untuk menjadi teman sekerja yang dipercayai di mana-mana sahaja.

Dibina untuk mematuhi piawaian MIL-STD-810G, Acer TravelMate P2 telah menjalani pelbagai ujian yang ketat ke atas papan kekunci tahan tumpahan dan sudut tahan getaran.

Komputer riba ini dipasang dengan perlindungan pemacu keras Trusted Platform Module (TPM) 2.0 untuk memastikan keselamatan pengesahan dan data syarikat terutama ketika bekerja di luar pejabat.

Ciri-ciri keselamatan tambahan termasuklah pengimbas cap jari dan Windows Hello untuk membuka serta mengakses peranti dengan mudah dan selamat menerusi satu sentuhan jari atau pandangan pantas ke arah kamera.

Persidangan video kini sudah menjadi rutin kepada para eksekutif, terutama apabila bekerja dari rumah.

Untuk membantu menambah baik kualiti mesyuarat secara maya, Acer TravelMate P2 didatangkan dengan teknologi Intel Wi-Fi 6 (802.11ax) tercanggih untuk pengalaman tanpa wayar yang lebih lancar, sehingga 3 kali lebih pantas berbanding Wi-Fi 5 standard.

Bukan itu sahaja, Acer TravelMate P2 dilengkapi 720p webcam dan penutup kamera untuk melindungi privasi sewaktu kamera tidak digunakan. Ia juga dipasang dengan 2 mikrofon, 2 pembesar suara hadapan TrueHarmoney dan teknologi penekanan butang kekunci.

Gabungan semua teknologi dan ciri ini memberikan kualiti serta pengalaman persidangan video yang memuaskan kepada pengguna Acer TravelMate P2.

Sebagai tambahan, Acer TravelMate P2 hadir dengan port USB Type-C yang menyokong penghantaran data sehingga 10Gbps, DisplayPort dan DC-in untuk mengecas komputer riba ini.

Lampu belakang papan kekunci membolehkan pengguna terus produktif dalam persekitaran cahaya yang malap.

Sudah boleh didapati sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara, rakan sekerja yang tahan lasak, Acer TravelMate P2 ditawarkan pada harga bermula RM2,699.

Pelanggan yang membeli Acer Swift 5, Swift 3 dan TravelMate P2 dengan pemproses Intel® CoreGenerasi ke-11 sebelum 31 Disember 2020 layak untuk menebus hadiah percuma, termasuklah kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM100 dan sarung komputer riba premium[1] di https://www.a-redemption.com/.

Setiap pembelian sebelum 24 Disember 2020 juga melayakkan pelanggan untuk mendapat satu penyertaan Christmas rEunion Advent Calendar dan berpeluang membawa pulang hadiah daripada jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM30,000.

Bermula 1 Disember 2020 hingga 25 Disember 2020, Acer Malaysia akan memilih seorang pemenang bertuah setiap hari untuk menerima hadiah istimewa. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Acer Malaysia.

Google ads
Back to top button