Motosikal

MOTUL MALAYSIA LANCAR GP NEXT 4T BAHARU SEMPENA MOTOGP MALAYSIA 2025

MOTUL memperkembang tawaran Motul GP Series menerusi GP Next 4T menyertai GP Matic 4T, GP Power 4T dan GP Ultimate 4T yang telah pun diperkenalkan sebelum ini. 

Motul GP Series membuat debut global pada lima tahun yang lalu dan sejak itu produk ini menjadi pilihan pengguna motosikal seluruh dunia.

Menurut Motul, GP Next 4T ini menawarkan prestasi enjin yang lebih optimum termasuk aliran kuasa yang lebih responsif dan stabil. 

“Dengan GP Next 4T, kami menetapkan petanda aras baharu bagi teknologi minyak pelincir enjin,” ujar Ravi Shankar, Pengarah Urusan Motul Malaysia. 

Untuk rekod, GP Next 4T ini dibangunkan khas untuk sportsbike moden dan bukan hanya menawarkan prestasi terbaik malah turut melindungi enjin.

“Komitmen kami adalah untuk memperkasakan penunggang motosikal harian dengan alami sendiri ketahanan seperti pasukan MotoGP yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami,” tambah Ravi. 

Google ads
Back to top button