
MOTUL: 30 TAHUN TERUS GEMILANG, JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN RAKAN PENGEDAR TERKEMUKA DI MALAYSIA
MOTUL memperkukuhkan penjenamaannya di Malaysia dengan langkah strategik, merayakan legasi cemerlang 30 tahun di pasaran automotif tempatan.
Langkah ini menyusuli kerjasama strategik dengan rakan pengedar terkemuka di seluruh Malaysia, memperluaskan jangkauan produk MOTUL.
Dengan fokus pada inovasi, kualiti, dan kelestarian, MOTUL komited terhadap memajukan solusi pelincir mesra alam dan terus meneruskan sumbangan kepada komuniti tempatan.
Hal ini menjadikan MOTUL pilihan utama dalam industri pelincir Malaysia.

Kolaborasi strategik dengan rakan pengedar melintasi rantau-rantau utama di Malaysia telah memainkan peranan penting dalam memperkuat kehadiran MOTUL di Malaysia.
Selain itu, ia memperluaskan perniagaannya dengan membekalkan akses kepada produk-produk keluaran MOTUL di seluruh negara.
Contohnya, rakan pengedar seperti Kai Shen Marketing Sdn Bhd, Mr. Lubricant Sdn Bhd, Absolute Top Power Sdn Bhd, dan Kai Shen Marketing (EM) Sdn Bhd telah memperluaskan pengaruh MOTUL Malaysia dalam segmen motosikal serta automotif di seluruh Malaysia.
Menurut Pengurus MOTUL Malaysia & Brunei, Ravi Shankar, “Kami berbangga untuk mengumumkan ketibaan MOTUL secara rasmi ke pasaran Malaysia, menerusi usaha sama strategik MOTUL dengan para pengedar rasmi di serata negara.

“Kekayaan sejarah jenama ini dari segi inovasi, prestasi dan reliabiliti, serta kedudukannya dalam pasaran yang melebihi 30 tahun, akan membantu kami untuk mara dengan lebih jauh dalam dunia automotif.”
Mengenai Haluan 2024 dan masa hadapan, MOTUL Malaysia menyatakan akan terus komited terhadap aspek inovasi, kualiti, dan kelestarian dalam industri automotif Malaysia.
Inisiatif-inisiatif masa depan merangkumi usaha dalam memajukan solusi pelincir mesra alam untuk pasaran automotif Malaysia, serta meneruskan komitmen terhadap komuniti tempatan.
Salah satu fokus inisiatif komuniti adalah Kempen Ganjaran Tunai Pengguna Akhir yang sedang berlangsung sehingga 30 April 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk keluaran MOTUL, acara akan datang, serta lokasi wakil pengedar rasmi di Malaysia, sila layari laman sesawang MOTUL atau media sosial.
- BACA: FERRARI ENZO EKSIDEN DI AUTOBAHN – TIGA ORANG CEDERA
- BACA: PORSCHE PANGGIL SEMULA LEBIH 8000 UNIT 911 – CERMIN HADAPAN BERISIKO TERCABUT DALAM KEMALANGAN
- BACA: UD QUESTER EURO 5 DAN UD CRONER CKD DIPERKENALKAN, DILENGKAPI TEKNOLOGI SCR UD TRUCKS
- BACA: SMART #1 VARIAN PRO KINI MULA DIHANTAR KEPADA PELANGGAN







