Buletin

MOTUL LANCAR MINYAK ENJIN 100% SINTETIK 7000 4AT. PILIHAN 5W40, 10W30, 10W40 & 10W50 

Motul Asia Pasifik secara rasmi melancarkan produk terbaharu untuk pasaran tempatan, Motul 7000 4T minyak enjin sintetik sepenuhnya yang dirumus khas untuk penunggang motosikal.

Ia merupakan evolusi kepada rangkaian H-Tech 100 dengan formula baharu yang menawarkan perlindungan lebih baik, respon enjin lebih pantas dan penggunaan minyak yang lebih efisien, sekaligus memenuhi piawaian pelincir terkini seperti API SP dan JASO MA2.

Antara kelebihan utama minyak enjin ini ialah molekul sintetik seragam yang mengurangkan geseran dalaman, sekaligus meningkatkan kecekapan dan menjimatkan penggunaan minyak.

Dirumus khas bagi menampung cabaran tunggangan harian seperti trafik sesak, cuaca tropika dan jarak jauh – Motul 7000 4T hadir dengan pelbagai kelebihan:

  • 100% Formula Sintetik: Menawarkan kestabilan suhu tinggi dan perlindungan maksimum terhadap kehausan enjin.
  • Respon Enjin Lebih Cekap: Menyokong penukaran gear lebih lancar dan prestasi kuasa yang konsisten.
  • Pematuhan Piawaian Terkini: Memenuhi API SP & JASO MA2, sesuai untuk sistem klac basah moden.
  • Prestasi Serbaguna: Serasi dengan semua jenis motosikal enjin empat-lejang, sama ada untuk kegunaan harian mahupun jarak jauh.
  • Pilihan Kelikatan: Tersedia dalam 5W40, 10W30, 10W40 dan 10W50 untuk kesesuaian pelbagai jenis enjin.

Pembungkusan 7000 4T juga menyokong inisiatif lestari dengan botol yang diperbuat daripada 50% plastik kitar semula dan boleh dikitar semula sepenuhnya.

Produk ini ditawarkan dalam pilihan botol 1 dan 1.2 liter bagi memenuhi keperluan pelbagai jenis motosikal. Maklumat lanjut mengenai Motul 7000 4T dan perkembangan terkini, layari laman rasmi Motul di: www.motul.com

Google ads
Back to top button