Buletin

MUDAH.MY GIAT TAMBAH KERETA TERPAKAI, LENGKAP DENGAN JAMINAN

Mudah.my, platform jual-beli kereta terpakai no.1 di Malaysia, sedang giat menambah jumlah kereta terpakai yang telah diperiksa lengkap dengan jaminan. Ini selari dengan usahanya untuk menempa nama di dalam ‘Malaysia Book of Records’ bagi kategori berkenaan.

Jaminan selepas jualan ini adalah selari dengan program Pemeriksaan & Perlindungan Kenderaan Mudah (mVIP). 

Dilancarkan pada Ogos tahun lalu, program itu bertujuan memberikan kepastian dan ketenangan fikiran kepada pembeli yang bercadang untuk membeli kereta terpakai.

Ia melibatkan tiga jaminan iaitu pertama, mengesahkan pendaftaran kereta dan maklumat pemilik kereta. Kedua, mengesahkan keadaan sebenar kereta dengan proses pemeriksaan yang komprehensi. Ketiga, memberi peluang kepada pembeli kereta untuk membeli jaminan tambahan bagi melindungi mereka daripada sebarang kos pembaikan pada masa depan. 

“Program mVIP dilancarkan untuk membentuk satu pasaran kereta yang telus dengan memberikan laporan yang jujur tentang keadaan kereta. Ia juga membuktikan keupayaan Mudah.my untuk memahami pasaran tempatan dan menepati permintaan rakyat Malaysia, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sedang pulih.

“Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records ini menunjukkan komitmen kami dalam mewujudkan proses jual beli kereta terpakai dalam talian yang mudah dan telus,” Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Gaurav Bhasin.  

Jualan kereta dilihat semakin meningkat berikutan pembukaan semula pusat jualan, permintaan yang menggalakkan dan pembeli ingin mengambil kesempatan ke atas pelepasan cukai daripada kerajaan.

Menurut laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) mencatat kenaikan 43 peratus lebih tinggi pada Oktober 2021 (63,489 unit) berbanding September 2021 (44,275 unit).

Dengan pembukaan kilang pada suku ketiga tahun lalu, pengeluar berdepan masalah untuk memenuhi permintaan. Ia secara tidak langsung menggalakkan jualan kenderaan terpakai, terutama bagi mereka yang ingin membeli kenderaan dengan segera. 

Mudah.my kini mempunyai lebih 7 juta pelawat unik setiap bulan dan lebih daripada 90,000 kenderaan untuk dijual. Dengan penambahan rangkaian pemeriksa terlatih MUV untuk membuat laporan dalam talian, program mVIP oleh Mudah.my bakal memberi pilihan terbesar kereta terpakai yang diperiksa dengan jaminan di Malaysia.

“Sejak program mVIP dilancarkan tiga bulan lalu, lebih 2,000 kenderaan terpakai telah disenaraikan lengkap dengan jaminan. Dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih, kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat,” kata Ketua Mudah Auto, Peter Wong.

“Kerjasama strategik ini membolehkan kami berkongsi kepakaran dalam aspek pemeriksaan kenderaan terpakai melalui rangkaian pusat dan hab pemeriksaan di seluruh negara.

“Kami juga gembira kerana telah mencapai sasaran untuk mencatat jumlah 5,000 kereta yang diperiksa di platform Mudah.my. Kami akan meneruskan misi kami untuk membantu rakyat Malaysia membeli kereta tanpa perlu rasa bimbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MUV, Andy Te.

Pembeli kereta digalakkan untuk melayari https://www.mudah.my/mvip/ atau muat turun aplikasi Mudah.my untuk melihat kategori kenderaan yang tersenarai.

Manakala, pemilik kereta pula digalakkan untuk melayari https://www.mudah.my/used-car-market-value untuk menyemak harga kereta anda.

Google ads
Back to top button