
PORSCHE LANCAR CAYENNE PLATINUM EDITION. SUV SERBA ELEGAN DAN EKSKLUSIF
Porsche melancarkan model Cayenne Platinum Edition yang mendapat sentuhan eksklusif dipadankan elemen rekaan warna satin Platinum.
SUV Platinum Edition ditawarkan melalui varian Cayenne, Cayenne E-Hybrid, Cayenne S dan Coupe.
Model terbaharu itu dijual pada harga bermula AS$79,000 (RM331,310).

Cayenne Platinum Edition menawarkan pilihan warna putih (Solid White), hitam (Solid Black) dan beberapa warna metallic seperti Jet Black, Carrera White, Mahogany, Moonlight Blue dan warna istimewa Crayon.
Platinum Edition menampilkan beberapa elemen reka bentuk yang mendapat sentuhan warna Satin Platinum menyerlahkan sisi eksklusif jentera terbabit.

Ia termasuk pada bahagian salur masuk di fasia hadapan, huruf Porsche yang dipadankan pada jalur lampu LED belakang, nama model jentera serta rim aloi 21 inci RS Spyder.
Selain itu, SUV mewah tersebut dilengkapi paip ekzos sporty dan trim sisi tingkap berwarna hitam menyerlahkan lagi sisi elegan jentera berkenaan.

SUV terbaharu itu turut didatangkan ciri-ciri standard dipertingkatkan termasuk lampu utama LED Porsche Dynamic Light System (PDLS), sistem bumbung panoramik, sistem bunyi Bose, pencahayaan ambien, tempat duduk sport dibaluti kulit serta jam analog di papan pemuka.
Ruang dalaman pula menampilkan rekaan bergaya dan premium didatangkan tali pinggang keledar berwarna Crayon, ambang pintu masuk aluminium dipadankan logo Platinum Edition serta kemasan warna perak.
Cayenne Platinum Edition akan mula berada di pasaran Jerman pada bulan Mei tahun ini.
- BACA: PORSCHE MALAYSIA LANCAR MACAN GENERASI BAHARU. 440PS, BERMULA RM433K
- BACA: PORSCHE 911 GT3 GEN KE-7 KINI DI MALAYSIA. ENJIN 4.0 LITER N/A, BERMULA RM1.8 JUTA
- BACA: PORSCHE 356 EV, DENGAN GEAR MANUAL! TAPI TAK MURAH
- BACA: PORSCHE CAYENNE 2022 JADI MODEL PERTAMA DIPASANG DI KULIM. HARGA BERMULA RM550,000
GALERI:














