
COP PARKIR AWAM, WANITA DIKECAM NETIZEN
Tindakan seorang wanita yang berdiri di tapak parkir kereta awam nyata mengundang kemarahan orang ramai apabila dia dikatakan sedang cop ruang tersebut untuk kenderaan yang lain.
Menerusi perkongsian @whatitdostu di media sosial, dia terpaksa berhadapan dengan wanita itu yang tidak mahu beralih serta enggan membenarkannya untuk meletakkan kereta, sedangkan ruang tersebut masih kosong.
Menurutnya, wanita itu mendakwa parkir itu adalah miliknya dan masih menunggu kenderaan lain tiba.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di kawasan sekitar Sri Petaling. Di ruangan komen, pemilik akaun turut meninggalkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut sebagai tanda marah dengan tindakan mereka.
Orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen dan rata-ratanya mengecam tindakan wanita tersebut yang dianggap sangat mementingkan diri sendiri.
“Buat macam saya, secara perlahan masuk sahaja ke ruang parkir, biar dia pilih nyawa atau parkir, lepastu, maklumat kenderaan tersebut simpan sebagai bahan bukti,” kata Yamin Yusop.
Seorang pengguna lain, memberi cadangan agar pemilik akaun itu membuat laporan polis terhadap tindakan tersebut. “Boleh buat laporan macam ini, mana boleh cop parkir sesuka hati,” katanya.
“Kalau saya, akan hon panjang-panjang, sama ada dia akan bergerak atau dia tahan la malu orang tengok,” kata Mohd. Syukri. – K! ONLINE
- BACA: MISI PARKIR 211 PETAK KENDERAAN DI PASAR RAYA.BERJAYA SELEPAS 6 TAHUN!!!
- BACA: BERTEKAK SEBAB PARKIR KERETA, DUA JIRAN DIPANGGIL POLIS
- BACA: LANCIA FULVIA PARKIR KOTAK SAMA SELAMA 47 TAHUN JADI LEJEN DI ITALI
- BACA: PARKIR DI KAWASAN GAZET, PEMILIK KERETA DILANGGAR LORI TIDAK BOLEH BUAT TUNTUTAN GANTI RUGI