Buletin

MURID DARJAH 4 MAUT BAJU HUJAN TERSANGKUT PADA SPROCKET MOTOR

Seorang murid tahun empat maut apabila baju hujan yang dipakai tersangkut pada motosikal yang dibonceng, lalu  menjerut lehernya. 

Insiden malang itu berlaku ketika mangsa menaiki motosikal yang ditunggang oleh ibu saudaranya di Kampung Gong Tanah Merah, Besut Terengganu selepas pulang dari satu majlis. Mereka berdua dalam perjalanan ke Kampung Darau dari arah Kampung Nering. 

Sebaik tiba di tempat kejadian, baju hujan yang dipakai oleh mangsa secara tiba-tiba tersangkut pada sprocket (gegancu) motosikal dan menyebabkannya jatuh ke tanah. Baju hujan itu menjerut lehernya dan mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Jeli (1), Kelantan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang saksi, Sabri Muda memberitahu dia cuba untuk mencabut baju hujan itu tetapi tidak berjaya. Malah motosikal juga tertindih di atas kepala mangsa. Selepas mengambil spanar dan rantai motor, barulah mayat berjaya diangkat. 

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut. Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia kerana kecederaan parah pada bahagian leher. 

Menurut nenek mangsa, cucunya itu seorang anak yang sangat baik dan rajin solat. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayu Kelat, Jertih selepas solat Asar semalam. 

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

sumber: Astro Awani, Harian Metro

Google ads
Back to top button