Artikel Pilihan

MYTHEN EV TERPANTAS DI DUNIA, 0-100KM/JAM 0.956 SAAT SAJA

Sekumpulan penyelidik dan pelajar dari institusi pengajian tinggi iaitu ETH Zurich dan Lucerne University telah menghasilkan satu rekod pecutan terpantas di dunia untuk kereta elektrik. Jentera EV mereka yang dhasilkan secara tangan iaitu Mythen berupaya memecut dari 0 ke 100km/jam dalam masa 0.956 saat sahaja.

ETH Zurich melaporkan bahawa Guinness World Records telah mengesahkan Mythen telah memecahkan rekod pecutan terpantas oleh jentera lain sebelum ini. Rekod sebelum ini telah dipegang oleh pasukan Foerderverein GreenTeam Uni Stuttgart e.V yang telah menghasilkan EV dengan pecutan 0-100km/jam dalam masa 1.461 saat pada 23 September 2022

Pelajar pelajar ini merupakan sebahagian daripada projek yang dibangunkan oleh Academic Motorsports Club Zurich (AMZ). Secara keseluruhan Mythen ini hanyalah seberat 140kg sahaja, hasil penggunaan karbon dan juga aluminium honecomb sebagai kerangka kenderaan. Setiap rodatelah dipasang dengan motor yang menjana kuasa keseluruhan 326 kuasa kuda.

326 kuasa kuda mungkin nampak rendah di atas keras, namun power to weight ratio Mythen ini tidak mampu dicabar oleh mana-mana hypercar. Malah 326 kuasa kuda ini adalah sangat susah untuk dihantar pada permukaan litar, malah pasukan ini terpaksa menghasilkan satu sistem yang “menyedut” Mythen ke permukaan jalan bagi menghasilkan cengkaman yang cukup.

Rekod 0.956 saat ini adalah rekod ke 3 yang dihasilkan oleh mereka. Kali pertama pasukan ini menghasilkan rekod pecutan pantas ialah pada tahun 2016 sebelum dipintas oleh pasukan dari Jerman pada tahun 2022.

Google ads
Back to top button