Buletin

MYTUKARCARES MAHU KUMPUL DANA RM1 JUTA BANTU RAKYAT TERJEJAS AKIBAT PKP

Platform jual beli kereta terpakai terkemuka di Malaysia, myTukar baru-baru melancarkan kempen mengumpul dana dikenali sebagai #myTukarCares bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. 

Dengan sasaran mengumpul lebih RM1 juta dana, kempen itu mahu meringankan beban lebih 10,000 buah keluarga di seluruh neara yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 

Bermula Julai hingga Ogos depan, inisiatif myTukarCares mendapat kerjasama daripada myTukar, MyGroser, The Food Purveyor (TFP) dan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO). 

myTukar akan mengumpul dana menerusi tuga saluran iaitu sumbangan daripada myTukar dan kakitangannya, transaksi yang dibuat di platform myTukar, di samping sumbangan daripada rakan niaga dan pelanggannya. 

“Hampir semua perolehan yang dijana daripada transaksi myTukar akan disumbangkan ke NGO. Kami juga menyumbang RM50 untuk setiap kereta yang dijual dan RM100 bagi setiap kereta yang dibeli melalui platform bidaan kami. Di peringkat dalaman, kami sudah mengumpul dana lebih RM100,000,” kata Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Jeffrey Ong. 

Google ads
Back to top button