
Buletin
NAZA AUTOMANIA VOL 2 KEMBALI HUJUNG MINGGU INI
Sempena meraikan ulang tahun ke-50, NAZA Group dengan rasminya mengumumkan NAZA Automania Volume 2 yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Mei ini bertempat di NAZA Automall Petaling Jaya.
Acara yang berjalan selama tiga hari itu bukan sahaja bertujuan meraikan perkembangan dan inovasi industri automotif di Malaysia malah turut menyaksikan pelbagai tawaran menarik ditawarkan.
Menurut NAZA Group dalam satu kenyataan, acara tersebut akan menampilkan pelbagai kenderaan premium terpilih dengan harga istimewa antaranya:
- Mercedes pra-milik
- demo unit Maserati bermula RM480k
- tawaran istimewa untuk yang ‘trade-in’ Maserati lama untuk pembelian model baharu
- motosikal Ducati bermula RM53,600
- Toyota Vellfire dari RM170k
- tawaran istimewa bagi 50 tempahan pertama Suzuki Jimny
Selain itu, pelbagai aktiviti lain disediakan termasuk sesi ujian memandu, pameran motosikal Ducati terbaru, tawaran trade-in, aktiviti mesra keluarga termasuk zon kanak-kanak dan pelbagai permainan lain serta hadiah percuma.