Buletin

NETIZEN KECAM PENJAGA BIARKAN KANAK-KANAK MELOMPAT DI BELAKANG TRAK PIKAP

Gelagat seorang kanak-kanak bermain di bahagian belakang sebuah trak pikap yang sedang bergerak mencetuskan kecaman netizen.

Klip video yang dimuat naik oleh @BxllaAnxar di laman Twitter menunjukkan seorang kanak-kenak lelaki melompat-lompat sendirian tanpa dipantau penjaganya dan dibiarkan berada di ruangan belakang semasa hujan.

Rakaman itu turut memaparkan kanak-kanak tersebut duduk di atas palang di bahagian bumbung dengan aksi berbahaya.

Menerusi ciapan oleh pemilik akaun tersebut, dia memaklumkan bahawa terdapat beberapa pemandu lain bertindak membunyikan hon dan menjerit menegur pemandu trak pikap tersebut.

“Dua tiga kereta sudah membunyikan hon dan buka tingkap menegur, tapi penjaga tak buat apa-apa. Cuaca hujan, biarkan budak seorang di belakang kenderaan terlompat-lompat. Kalau jatuh, sia-sia sahaja,” ciapnya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai yang menyaksikan video tersebut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Kenapa masih ada penjaga yang mengabaikan keselamatan kanak-kanak seperti ini, sudahlah duduk seorang di belakang, main lompat-lompat pula tu,” kata @Alfred.

“Perkara macam ini rasanya boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa sebab mengabaikan keselamatan kanak-kanak,” kata @PanDana.

“Anak buah saya nak keluarkan kepala ikut tingkap pun saya dah bising, inikan pula main lompat-lompat di belakang, bahaya sungguh,” kata @amin marjunet. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button