Buletin

NGERI!!! HOVERBIKE HILANG KAWALAN PADA KETINGGIAN 30 METER

Sains fiksyen menjadikan kereta terbang dan hoverbike menjadi salah satu pengangkutan utama untuk bergerak pada masa hadapan.

Bagaimanapun, video tular insiden melibatkan jurupandu  menaiki Hoverbike di sesi ujian Jabatan Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) terhempas membuatkan kita berfikir dua atau tiga kali untuk menaiki pengangkutan ini.

Dua tahun lalu, Jabatan Polis Dubai telah mengumumkan akan melabur dalam teknologi Hoversurf. Bahkan, bercadang untuk menambah Hoverbike Scorpion dalam barisan pengangkutan mereka.

Pengumuman tersebut didakwa lebih kepada sebagai peluang membuatkan PR (perhubungan awam) berbanding meningkatkan keupayaan badan beruniform terbabit.

Difahamkan, video terbaharu itu melibatkan satu sesi ujian menggunakan Hoverbike Scorpion sebelum ia mengalami masalah pada ketinggian 30 meter dan terhempas ke tanah.

Menurut kenyataan Hoversurf, Hoverbike itu mengalami masalah barometer yang tidak berfungsi pada ketinggian tersebut dan motosikal terbang itu terhempas dari ketinggian tersebut.

Mujur jurupandu Hoverbike berkenaan tidak terbunuh atau mengalami kecederaan. – gizmodo

Google ads
Back to top button