
Polis Dubai terkenal di seluruh dunia kerana mememiliki kereta-kereta peronda hebat seperti Bugatti Veyron dan Lamborghini Aventador tapi kini mereka mempunyai tambahan dalam koleksi mereka, Hoverbike.
Ia dihasilkan oleh Hoversurf, dan ia merupakan kacukan dron, motosikal dan helikopter. Menurut info dari jabatan polis ia mampu mencapai ketinggian 5 meter dan mencatat kelajuan 70 km/j.
Hoverbike ini boleh membawa bebanan sehingga 300 kilogram (bukan satu masalah untuk membawa seorang polis pak Arab) dan mampu beroperasi selama 20-25 minit dengan menggunakan tenaga elektrik. Macam mana mereka akan gunakan hoverbike ini masih belum pasti tetapi ia kemungkinan akan menjalankan tugas pengawasan trafik dan menyuraikan kesesakan jalan raya.
BACA: VIGO – SUPERBIKE ELEKTRIK DARI UK, 190 HP , TOP SPEED 290 KM/J
Walaupun ia tidak kelihatan begitu selamat digunakan, Hoversurf menyatakan yang model ini telah melepasi pelbagai ujian keselamatan untuk memastikan ia mampu beroperasi dalam keadaan ekstrim. Maklumlah keadaan cuaca Duai sentiasa kering dan berpasir.
Satu perkara menarik ialah Hoverbike ini boleh dikawal dengan kawalan jauh dan berfungsi seperti sebuah dron yang besar. Dalam mod ini ia mampu beroperasi dalam jarak sehingga 6 kilometer.
Selain daripada Hoverbike, polis Dubai turut memiliki “smart bike” yang dilengkapi dengan kamera pandangan 360° di sekeliling motosikal. Motosikal elektrik itu juga mampu mencatat kelajuan maksima 200 km/j dan boleh digunakan selama 8 jam.