
NI ANTARA BENDA BEST PADA HONDA CR-V BARU
Honda CR-V atau nama penuhnya Comfort Roundabout Vehicle adalah antara produk Honda yang popular. Sebanyak 601,000 unit CR-V terjual di pasaran global pada tahun 2022 sekaligus meletakkan CR-V di kedudukan ke 6 kereta yang laku di peringkat global.
Untuk pasaran Malaysia, sebanyak 64,000 unit telah terjual pada di pasaran dalam negara membuktikan CR-V adalah produk yang penting pada Honda
1. Honda CR-V generasi baru menggunakan platform Honda Civic generasi ke 11 sebagai asas. Kalau dibandingkan dengan model lama CR-V generasi ke 6 ini jauh lebih besar daripada generasi 5. Panjang CR-V bertambah 70mm menjadi 4694mm, lebarnya pula bertambah 10mm kepada 1865mm manakala jarak antara roda bertambah 40mm kepada 2700mm
2. Kalau tengok rekaan depan, Honda CR-V memang ada sedikit persamaan dengan Honda Civic terutama di bahagian muncung depan. Tapi Honda CR-V sengaja direka macam begitu supaya pemandu nampak muncung depan kereta memudahkan proses mengawal stering
Tiang A pun dirombak semula termasuklahposisi cermin pun diubah untuk untuk menghasilkan forward visbility yang lebih bagus
4. Secara keseluruhan, rekaan CR-V generasi 6 ini lebih bersegi dan rugged kalau dibandingkan dengan Honda CR-V generasi ke 5 yang menggunakan rekaan yang melengkung. Sama macam Honda HR-V, jeriji depan menggunakan konsep Floating Grille untuk meletakkan logo Honda tapi diwarnakan hitam untuk lebih sporti. Jeriji bawah lengkap dengan teknologi Active Shutter Griller untuk aerodinamik
5. Rekaan sisi mengekalkan strong shoulder line macam CR-V genereasi ke 5. Bagi varian RS, ia menerima rim 18 inci hitam berkilat Berlina Black, cermin sisi berwarna hitam, lampu depan LED adaptif penuh, dan kamera 360 darjah bagi memudahkan proses memarkir.
6. Untuk rekaan belakang, sekali imbas ia direka seperti SUV Volvo tetapi menggunakan lampu belakang dengan rekaan yang hampir sama dengan BMW. Macam biasa, terdapat powered tailgate untuk mengakses ruang kargo sebesar 589 liter, berbanding model lama yang menawarkan sekitar 522 liter saja. Kalau kusyen belakang dilipat, ruang ini boleh dibesarkan sehingga 1072 liter
7. Honda CR-V generasi ke 6 menggunakan enjin sama dari model generas 5, iaitu enjin L15B7 dengan talaan tinggi serta boost turbo tinggi bagi menghasilkan 190 kuasa kuda dan 243Nm tork seawal 1700RM ke 5000 RPM. Bagi model lama tork maksimum akan masuk pada 2000 RPM. Penggunaan bahan api terbaik adalah sekitar 14.3km per liter, lagi jimay kalau anda pandai kawal kaki kanan
8. Untuk varian RS, Honda CR-V menggunakan sistem e:HEV hibrid dengan enjin dan motor elektrik sebagai kuasa utama penggerak. Kuasa motor elektrik adalah sekitar 181hp dan 335Nm tork, 20Nm lagi tinggi daripada Civic dan berupaya memberikan purata penggunaan petrol sehingga 20km/liter.
Semua varian akan guna konfigurasi FWD kecuali varian 1.5V yang menggunakan sistem AWD .Ada 3 mode pemanduan yang boleh dipilih samaada Sport, Eco atau Normal
9. Untuk rekaan dalam, Honda melakukan penambahbaikan pada cermin depan untuk penglihatan yang lebih baik dengan tambahan sudut penglihatan bertambah sebanyak 4.4 darjah. Sudut pemasangan stering juga ditambah sebanyak 3 darjah.
10. Varian RS datang dengan skrin multimedia 9 inci lengkap dengan Apple Car Play dan Android Auto. Bagi varian RS, ia menerima ciri paparan meter digital sepenuhnya. Lain lain aksesori termasuklah wireless charger yang berkuasa 15 watt, 4 poin USB termasuk type C, lampu kabin dan juga material yang lagi premium untuk kemasan papan pemuka dan pintu.
11. Ruang bahagian belakang Honda CR-V juga lagi luas berbanding model lama. Sudut penyandar kusyen belakang bertambah sebanyak 10.5 darjah, ruang lantai semakin dalam sebanyak 15mm dan sudut kusyen belakang boleh dilaras sehingga 8 posisi
12. Aspek NVH juga dinaiktaraf dengan bahan kedap bunyi yang lebih berkualiti di lantai platform, perumah tayar, firewall engine, roda dipasang dengan noise reducing wheel dan bahan kedap bunyi di hud depan enjin.
Honda turut menaiktaraf Sistem Active Noise Control yang akan menghantar gelombang bunyi bangi membatalkan bunyi bising dengan memasang 3 microphone sebagai input input berbanding 2 microphone bagi generasi ke 5
13. Untuk suasana muzik yang lebih mendalam, Honda CR-V varian RS juga dipasang dengan 12 pembesar suara daripada jenama BOSE lengkap dengan ciri subwoofer. Untuk menghasilkan bunyi bass yang mendalam, diameter subwoofer dinaikkan menjadi 20cm dengan kapasiti 10 liter
14. Honda Safety Sense turut menerima pembaharuan dengan perkakasan yang lebih baik. Input untuk sistem ini menggabungkan radar yang boleh mengesan sehingga 90 darjah, kamera yang boleh melihat sehingga 90 darjah dan juga sistem sonar. Untuk varianRS, sistem ini menawarkan ciri Adaptive Driving Beam
15. CR-V jugaa menawrkan Smart Key Card yama sama seperti Honda Civic dengan kad pintar setebal 2 kad kredit saja. Jadi anda tidak perlu membawa kunci konvensional yang berat untuk ke pejabat dengan kad ini boleh diselit ke dalam poket ataupun dompet