Buletin

HONDA CR-V GENERASI KEENAM RASMI DILANCARKAN, EMPAT VARIAN – 181HP, HARGA BERMULA RM159K

Honda Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) model CR-V generasi keenam untuk pasaran tempatan.

Hadir dalam empat varian S,E, V dan varian e:HEV RS, model baharu ini juga menerima pilihan lima warna baharu iaitu Canyon River Blue, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Meteoroid Gray Metallic serta Ignite Red Metallic.

Bagi varian e:HEV RS, ia tampil lebih premium dengan padanan corak mesh pada gril, lampu LED penuh hadapan dan belakang, lampu kabus LED hadapan serta lampu membelok berjujukan LED.

Varian e:HEV RS diserlahkan lagi melalui pemegang pintu bergaya dan rim aloi 18-inci dalam warna Berlina Black, sementara varian S,E, serta V dipadankan dengan rim bersaiz 17-inci.

Di bahagian dalam, versi asas dilengkapi paparan Audio 9-inci, sementara versi teratas menggunakan skrin sentuh 9-inci dan instrumen digital sepenuhnya 10.25-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar,.

Tempat duduk berkulit di dalam varian E dan didatangkan bersama ciri 8-way Driver Power Seat dengan memori dua posisi yang membolehkan mereka mencari posisi paling selesa.

Penumpang juga menikmati suasana lebih nyaman dalam SUV ini dengan ruang kaki 16mm lebih lebar berbanding sebelumnya.

Selain itu, CR-V Serba Baharu ini menawarkan keselesaan untuk penumpang belakang dengan kerusi yang boleh dilaras pada lapan sudut berbeza.

Model teratas juga hadir dengan 12 pembesar suara premium Bose, manakala versi lain mempunyai 8 pembesar suara termasuk diserlahkan lagi pencahayaan ambien.

Ciri eksklusif bagi model ini adalah Active Shutter Grille yang diletakkan pada bahagian bawah bampar hadapan, di mana ia berfungsi untuk meningkatkan aerodinamik dan kecekapan bahan api.

Ciri baharu lain disertakan termasuklah tailgate kuasa bebas tangan dengan ciri Walkaway Close serta ditawarkan dengan ciri-ciri seperti kamera 360 darjah, fungsi Honda Sensing dengan tambahan Adaptive Driving Beam serta Honda Connect.

Beralih pada kuasa, CR-V generasi keenam ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0L e:HEV dan 1.5L VTEC Turbocharged.

Menurut Honda, CR-V Serba Baharu adalah yang pertama dalam barisan Honda menerima e:HEV Powertrain dengan Hybrid Traction Motor yang dipertingkatkan.

Bagi enjin 2.0L e:HEV, ia berupaya menghasilkan 181hp dan tork 335Nm sementara 1.5L VTEC Turbocharged pula menghamburkan 190hp dan 243Nm tork, yang disalurkan ke roda menerusi CVT.

Honda CONNECT juga hadir sebagai ciri standard untuk semua varian termasuk, didatangkan dengan sistem Honda SENSING yang dinaik taraf dengan Wide-Angle Radar, Kamera dan Sensor Sonar.

Fungsi keselamatan dalam teknologi bantuan pemandu ini dipertingkatkan lagi dengan
kemasukan Lampu memandu Adaptif (Adaptive Driving Beam), menjadikan jumlah keseluruhan fungsi keselamatan kepada sembilan.

Ciri keselamatan penting lain dalam model ini adalah termasuk Honda LaneWatch serta Sistem Kamera Pelbagai Sudut (Kamera 360).

Untuk harga, ia ditawarkan pada harga seperti dinyatakan di bawah:

  • V: RM181,900.00
  • E: RM169,900.00
  • S: RM159,900.00

Untuk makluman, varian e:HEV RS hanya akan tersedia pada awal 2024, dan Honda Malaysia akan mengumumkan harga apabila tempoh penghantaran semakin hampir.

GALERI:

Google ads
Back to top button