" "
Motosikal

HLYM PANGGIL SEMULA YAMAHA MT-09 DAN TRACER-9 GT – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu pengumuman terkini telah mengeluar notis “Product Recall” melibatkan dua jenis motosikal, Yamaha MT-09 dan Tracer 9 GT.

“Adalah dimaklumkan bahawa Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) sedang menjalankan aktiviti “Product Recall” terhadap motosikal buatan Yamaha,” jelas JPJ. 

Berdasarkan notis tersebut, sebanyak 1,329 unit MT-09 yang dihasilkan dari November 2021 hingga Oktober 2023 dan 995 unint Tracer 9 GT yang dihasilkan dari November 2021 hingga September 2023 terlibat dalam “Product Recall” berkenaan. 

Tinjauan di laman web rasmi HLYM menjelaskann bahawa panggilan semula itu adalah bagi pengaturcaraan semula ECU dan pemasangan penutup bagi “O2 socket connector”. 

“Product Recall” ini merupakan aktiviti lazim yang dilakukan pengeluar bagi memastikan kenderaan yang dibeli berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk digunakan. 

Untuk rekod, segala kos pertukaran atau pemasangan dan baik pulih bagi model yang terlibat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya piha pengeluar. 

Google ads
Back to top button