Buletin

NISSAN SUMBANG G-TR PREDZILLA KEPADA YAYASAN NASHVILLE PREDATORS 

Nissan baru-baru ini mengumumkan sumbangan sebuah  Nissan GT-R yang dihasilkan khas untuk Yayasan Nashville Predators. 

Kereta itu akan dilelong untuk mengumpul dana Yayasan Nashville Predators yang menyokong pelbagai badan kebajikan tempatan.

Dibina berdasarkan kepada GT-R Premium, model yang berharga AS$109,990 (RM469,300) itu diberi nama “Predzilla”. Jentera yang dicat dengan warna kuning terang dan grafik Nashville Predators itu dilengkapi rim serta spoiler belakang berwarna biru.

Predzilla menggunakan enjin V6 twin-turbo VR38DETT bersesaran 3,8 liter yang mampu menjana kuasa 565hp dan tork maksimum 632Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear klac berkembar enam kelajuan yang menyalurkan kuasa ke semua rodanya.

Sehingga kini, bidaan sudahpun mencecah AS$60,500 (RM258,200). Orang ramai boleh terus membida di laman web: www.Nissan.gesture.com. Selain kereta, mereka yang memenangi bidaan turut menerima dua keping tiket Predators untuk musim 2017-2018 dan pas parkir.

“Kereta ini didedikasikan kepada Nashville dan peminat Predators di seluruh dunia. Kami harap ia dapat perhatian ramai serta dana secukupnya untuk kegunaan Yayasan Predators,” kata Ketua Pegawai Prestasi Nissan Amerika Utara, José Muñoz.

Nashville Predators ialah yayasan yang paling aktif di Nashville. Baru-baru ini ia menyumbang geran kewangan sebanyak AS$500,000 (RM2.13 juta) kepada 129 buah badan kebajikan dan khidmat komuniti di sana.

BACA: BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN SKYLINE & GT-R HANGUS TERBAKAR

Antara penerimanya ialah Hospital Kanak-kanak Monroe Carell Jr., MEND (persatuan yang komited untuk menamatkan keganasan ke atas kaum wanita) dan taman permainan kanak-kanak, KABOOM!

GALERI

Google ads
Back to top button