BuletinMotosikal

SUZUKI ASSEMBLERS MALAYSIA AKAN LANCAR SKUTER MAXI BURGMAN 400 PADA OGOS 2017

Umum mengetahui bahawa Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd telah menamatkan operasi kilang pemasangan motosikal mereka di Pulau Pinang Tahun lalu. Permintaan yang rendah bagi motosikal kecil menyebabkan mereka ambil keputusan berundur dari segmen tersebut. 

Ramai yang menyangkakan perniagaan motosikal Suzuki  sudah berkubur sepenuhnya. Walhal pada hari ini mereka sebenarnya lebih agresif memasarkan motosikal berkuasa tinggi. Mungkin sebab promosi yang dilakukan banyak tertumpu di bahagian Utara Semenanjung jadi penduduk lembah Kelang tidak terdedah dengan motosikal yang dipamer atau dipromosikan

Atau mungkin juga mereka ingat orang KL tak berduit nak beli motor. Entahlah.

BACA: SUZUKI TAMATKAN OPERASI PENGELUARAN DI MALAYSIA

Menerima siaran akhbar dari Suzuki juga benda yang jarang berlaku. Tetapi baru-baru ini kami telah terima satu jemputan berkenaan pelancaran sebuah motosikal baru yang akan didedahkan pada bulan Ogos nanti.

Pihak media dipelawa dalam satu sesi pandu uji pada penghujkung Julai nanti. Ianya ialah sebuah maxi-skuter dan sebuah superbike dan model pilihan yang dibawa masuk ialah Burgman 400cc dan GSX-R1000 terbaru.

Anda minat skuter maxi? Ini adalah calonnya. Model yang jarang difikirkan oleh pengeluar seperti Suzuki Malaysia untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan. Dalam pasaran tempatan setakat hari ini, cuma ada Sym Maxsym 400i dan Kymco Xciting 400i dalam pasaran.

Sebenanya, pada era 90-an dulu, Suzuki pernah membawa masuk skuter Maxi Burgman ini. Sama seperti Yamaha yang membawa masuk Majesty 250cc.

POPULAR DI EROPAH

Suzuki Burgman ini adalah skuter yang popular di Eropah. Ia dianggap skuter yang berbaloi dibeli dari jenama Jepun kerana kalau dibandingkan dengan yang seangkatan dengannya, Suzuki menawarkan kelebihan terbaik untuk kelas 400cc.

Dengan enjin yang diperbaharui mengikut spesifikasi Euro 4, model Burgman 2017 ini sebenarnya merupakan variasi terkini sejak diperkenalkan pertama kali pada tahun 1998.

Di bawah adalah perincian teknikal Burgman 400i bagi spesifikasi Eropah. Jika mengikut poliferasi model-model Suzuki yang ada di pasaran, besar kemungkinan ia akan diimport daripada kilang pemasangannya di Jepun. Lihat sahaja model semasa yang dijual seperti Gladius, SV650, V-Storm, GSX-S, GSX-R dan Hayabusa, semuanya merupakan model CBU penuh dari Jepun.

  • Enjin                      : 4 Lejang, 1 selinder, DOHC, Sejukan cecair
  • Gerek X Lejang     : 81.0 mm x 77.6 mm
  • Kapasiti enjin         : 399 cc
  • Nisbah Mampatan :10.6 : 1
  • Sistem Bahanapi   : Suntikan bahanapi elektronik
  • Sistem penghidup  : Elektrik
  • Transmisi                : CVT
  • Suspensi depan      : Depan – Teleskopik, pegas gegelung,
  • Suspensi belakang : Jenis sambungan, pegas gegelung
  • Tayar depan            : 120/70-15M/C 56S tanpa tiub
  • Tayar Belakang       : 150/70-13M/C 64S tanpa tiub

Selain daripada bentuk fizikal yang sporty dan moden, kelebihan Burgman ialah rekaan tempat simpanan seluas 42 liter di bawah tempat duduknya. Ia mampu memuatkan 2 buah helmet saiz penuh dengan masih ada ruang berbaki.

Walaupun komparmasi barangnya bersaiz mega, jurutera Suzuki masih memahami keperluan sebuah Maxi – tangki bahanapi sebesar 13.5 liter. Selain itu, rekaan hadapannya sangat menarik dengan gugusan lampu LED. Sebagai tambahan, pemberhentian skuter ini dilengkapi dengan sistem anti kekunci ABS.

Panel instrumentasi meternya juga kelihatan menarik dan moden. Gugusan meter kelajuan dan putaran enjinnya kekal dengan putaran analog (yang ini otai memang suka berbanding digital). Semua maklumat tunggangan dipapar jelas pada bahagian skrin tengah dalam bentuk digital.

Jadi berapa agaknya harga Burgman ini? Susah untuk menganggarkannya, namun jika mengikut susunan harga motosikal Suzuki, ia masih yang termurah di kalangan jenama Jepun yang ada di pasaran (jika anda bandingkan spesifikasi dan juga kualiti CBU Jepun).

Bandingkan harga antara V-Strom dan Versys, GSX-R dan ZX-10 dan anda pasti jelas dengan maksud kami. Untuk membandingkan dengan skuter mengikut cc enjin, kita boleh ambil Maxsym 400i dan Kymco Xciting 400i sebagai garis panduan. Ia berada sekitar RM27,000 – RM28,000.

Jika mengambil kira penanda aras jenama (Jepun/Itali), model yang boleh dibandingkan ialah Honda NSS 300 Forza, Aprilia SRMAX 300 dan Kawasaki J300 namun ia dari kelas 300cc.

  • APRILIA SRMAX 300 – RM27K
  • HONDA FORZA  300  – RM29K
  • KAWASAKI J300 300 – RM31K

Sebagai perbandingan lain, Gilera pernah menjual skuter Nexus 500 pada harga sekitar RM40K sekitar tahun 2008-2010. Lebih awal dari itu, Piaggio pernah memasarkan model X9 pada harga RM30K sekitar tahun 2004.

Sekali lagi, berapa anda rasa harga skuter maxi CBU dari Jepun si Suzuki Burgman?

Kami anggarkan harganya sekitar RM35K hingga RM40K. Secara teorinya, ia mesti dijual di bawah harga SV-650 dan V-Storm 650 tetapi di atas harga skuter 400cc Taiwan dan 300cc Jepun/Itali.

Ini firasat kami lah…

GALERI

Google ads
Back to top button