Buletin

NISSAN TUTUP BUKU TEMPAHAN GT-R DI JEPUN

Nissan secara rasmi telah pun menutup buku tempahan bagi model Nissan GT-R 2022 di pasaran Jepun.

Berdasarkan semakan di laman web rasmi Nissan Jepun, pengeluar itu menjelaskan jualan bagi model tersebut telah pun berakhir disebabkan jumlah tempahan telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Ini menjadikan Jepun negara terbaharu yang menamatkan penjualan model GT-R selepas Eropah dan Australia, namun jualan di kedua-dua buah lokasi itu ditamatkan akibat peraturan bunyi bising dan peraturan pelanggaran yang semakin ketat.

Setakat ini, Nissan masih belum mendedahkan perancangan yang bakal dibuat pada generasi terkini R35, sama ada ia akan diteruskan dengan model generasi baharu ataupun ditamatkan terus.

Di pasaran Jepun, Nissan GT-R boleh didapati dalam varian Premium Edition T-Spec, GT-R Track Edition Engineered by Nismo T-Spec, serta varian Nismo yang lebih berkuasa.

Hanya 100 unit model T-Spec ditawarkan di negara tersebut, di mana ia menampilkan naiktaraf seperti brek seramik karbon, spoiler belakang gentian karbon, lencana unik, serta layangan warna Midnight Purple atau Millenium Jade.

Google ads
Back to top button