Buletin

NISSAN X-TRAIL TALAAN IMPUL 2020. BERMULA RM168K

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan satu pakej baharu untuk Nissan X-Trail yang menyerlahkan lagi penampilan, atletik dan pengendalian penuh prestasinya; Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu.

Nissan X-Trail Talaan IMPUL kini hadir bersama aerokit lengkap IMPUL dengan spoiler bampar aero hadapan dan belakang dua tona, kemasan gril V-Motion berwarna hitam berkilat, skirting sisi dan spoiler belakang, sekali gus memberikan X-Trail penampilan yang lebih agresif. 

Rim 18” IMPUL Aura SX-50 dibalut dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6 memberikan kualiti cengkaman dan prestasi pengendalian lebih baik. Sementara Sport Spring IMPUL pula ditala untuk pengalaman pemanduan yang responsif.

Selain bahagian luaran dan alat ganti berprestasi tinggi, ruang kabin Nissan X-Trail Talaan IMPUL dipertingkatkan menerusi penggunaan kemasan kulit Nappa berwarna maroon pada tempat duduk, papan pemuka, perlindungan lutut dan perehat tangan.

Pakej Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu ditawarkan pada harga RM11,000 serta boleh didapati dalam empat varian 2.0L Hibrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Harga adalah seperti berikut:

Pelanggan dan pemilik Nissan X-Trail yang berminat boleh menaik taraf jentera masing-masing dengan pakej IMPUL seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:

Nissan X-Trail Talaan IMPUL dipasang di kilang dan hadir bersama jaminan standard selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sementara jaminan untuk aksesori pula adalah selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

SUV ini akan membuat penampilan di beberapa buah bilik pameran Nissan terpilih sempena karnival Nissan X-Trail Talaan Impul mulai 18 Julai 2020, dari jam 10am hingga 8pm.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button