
XIAOMI SU7 TERIMA BEBERAPA PERUBAHAN, RIM 21-INCI, GENTIAN KARBON BAGI NAMPAK LEBIH SPORTY
Jenama automotif baharu dari China, Beijing Xiaomi, akan menyediakan pilihan baharu kepada pelanggan selepas mencatat nota daripada respon orang ramai mengenai sedan SU7.
Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China telah mendedahkan bahawa, walaupun rupa keseluruhan kekal tidak berubah, Xiaomi akan menghasilkan beberapa idea baharu untuk menjadikannya kelihatan lebih sporty.

Walaupun punca perubahan ini belum dijelaskan dengan jelas, Xiaomi mendedahkan bahawa ia telah menjemput bekas pereka BMW terkenal Chris Bangle ke pejabatnya untuk mendengar pendapatnya tentang kereta itu.
Perubahan terbesar adalah di bahagian belakang kenderaan di mana lencana belakang kini tampil lebih kecil berbanding sebelumnya selain, menambah rim 21-inci ke dalam senarai pilihan dan kaliper brek datang dalam warna berbeza.
Selain itu, penutup cermin gentian karbon telah ditambahkan pada senarai pilihan, menjadikan reka bentuknya kelihatan lebih sporty.

Seperti anda boleh jangkakan daripada syarikat teknologi, SU7 akan sama menariknya di dalamnya, menampilkan skrin instrumen 7.1-inci dan skrin infotainmen 16.1-inci.
Sebagai pesaing kepada Porsche Taycan serta Tesla Model S, SU7 akan dikuasakan dua motor dan varian teratas berupaya menghamburkan kuasa 664hp, membolehkannya mencapai 100 km/j dalam hanya 2.78 saat.
Melalui pek bateri 101kWj, Xiaomi menganggarkan bahawa SU7 mampu bergerak sejauh 800km bagi setiap pengecasan penuh.
- BACA: XIAOMI SU7 DIPERKENALKAN DI CHINA – JANA 673HP, JARAK GERAK 800KM, HARGA MASIH RAHSIA
- BACA: XIAOMI TERIMA KELULUSAN NDRC, BAKAL LANCAR MODEL MS11 PADA 2024
- BACA: CEO XIAOMI AUTOMOBILE SASAR JUALAN EV 10 JUTA UNIT SETIAP TAHUN. MAHU JADI PEMEGANG UTAMA PASARAN EV
- BACA: XIAOMI MAHU BELI KILANG BORGWARD DI BEIJING. KAPASITI PENGELUARAN 180K UNIT SETAHUN