
NORTON BAKAL LANCAR MODEL 450CC, KERJASAMA DENGAN BMW
Norton Motorcycles yang kini dibawah kendalian pengeluar motosikal India, TVS Motor bakal memperkenalkan dua model baharu untuk pasaran global.
Menurut TVS, Norton akan memperkembangkan tawaran dari empat model sedia ada kepada enam model melibatkan sebuah jentera superbike empat silinder dan sebuah motosikal dua silinder 450cc.

Tumpuan terarah kepada model 450cc tersebut kerana Pengarah Urusan TVS, Sudarshan Venu memberitahu bahawa platform serba baharu itu dibangunkan bersama BMW Motorrad.
BMW turut akan mengguna pakai enjin sama menerusi F 450 GS yang telah pun dipamerkan di EICMA tahun lalu.

Difahamkan, Norton dibawah pengurusan TVS Motor akan dijenamakan semula dalam usaha untuk membersihkan imej syarikat itu yang sebelum ini tercalar dengan pelbagai kontroversi ketika di bawah pengurusan lama.