
SPESIFIKASI NORTON MANX R DIDEDAHKAN – ENJIN V4, 206HP, 130NM
Norton Motorcycles dengan rasminya mendedahkan spesifikasi penuh bagi Norton Manx R sekaligus memberi bayangan hala tuju syarikat itu dibawah pengurusan TVS Motor Company.
Berdasarkan maklumat dikongsikan, Norton jelas memberi isyarat mereka bukan pengikut trend sedia ada tapi menetapkan petanda aras baharu bagi motosikal berprestasi tinggi.

Pertama, Manx R dikuasakan enjin 1200cc V4 72-darjah dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 206hp pada 11,500rpm dan 130Nm pada 9,000rpm.
Menariknya, enjin ini dihasilkan sepenuhnya oleh TVS di kilang Hosur, India. Ini juga merupakan satu pencapaian buat pengeluar motosikal dari negara itu kerana mampu menghasilkan enjin berkapasiti 1200cc dengan kuasa lebih 200hp.

Pakej suspensi terdiri dari fork USD dari Marzocchi berukuran 45mm (dengan DLC pada bahagian tiub dalam) yang menawarkan jarak gerak 120mm dan pelarasan penuh secara manual. Bahagian belalang pula menempatkan monoshock Marzocchi RSU dengan jarak gerak 126mm dengan pelarasan elektronik.
Norton turut melengkapkan Manx R ini dengan brek Brembo Hypure serba baharu, ini adalah brek sama yang terdapat pada Ducati Panigale V4 generasi terbaru.

Menurut Norton, Manx R ini datang dengan beberapa varian antaranya Manx R Apex (dilengkapi suspensi elektronik), Manx R Signature (panel badan gentian karbon dan rim gentian karbon Rotobox Bullet Pro.
Meskipun pada 210kg Manx R ini adalah yang paling berat dalam kelas superbike jika dibandingkan dengan pesaing lain namun dengan harga GBP20,250 (RM107k), model baharu ini hadir dengan harga yang jauh lebih rendah.
GALERI: NORTON MANX R





















