Peranti

NORTON 360 MULTI-DEVICE

Dalam pada kita menanti satu peranti yang mampu merangkumi setiap fungsi telefon pintar, tablet dan komputer, kita akan terus menambah peranti baharu dalam kehidupan digital hari ini. Fungsi dan ciri pelbagai peranti pula diperbaharui saban hari, lantas menyumbang kepada kenaikan ancaman siber.

Norton-360 Multi-Device-Mekanika (1)

Norton 360 Multi-Device daripada Norton oleh Symantec baharu mampu melindungi kita daripada ancaman siber yang berterusan. Versi terkini itu membantu memperbaiki perlindungan dan prestasi industri-industri besar serta direka untuk kesesuaian ciri baharu Windows 8.1. Norton 360 Multi-Device didatangkan dalam bentuk lesen tunggal bagi melindungi sehingga lima peranti berbeza.

Chapa NO MALWARE

Menurut Laporan Ancaman Keselamatan Internet Symantec 2013, serangan web meningkat 30 peratus pada 2012, ekoran mudahnya mendapatkan set peralatan perisian hasad (malware) dan frekuensi tinggi ketidaktampungan (unpatched) risiko serangan pada laman-laman web. Kita terdedah terhadap ancaman siber meskipun pada laman web yang sah statusnya, sekali gus merisikokan peranti dan maklumat peribadi kita.

ipad-mini-mekanika

Norton 360 Multi-Device melindungi peranti anda secara aktif daripada ancaman dalam talian, tanpa menjejaskan kelajuan dan prestasi pelayaran Internet. Perlindungan lima lapisan produk Norton 360 Multi-Device yang dipatenkan menawarkan kawalan komprehensif, memperbaiki prestasi dan memudahkan kebolehgunaan. Ciri-ciri utamanya termasuklah:

  • Perlindungan Pelbagai PerantiPerisian Norton 360 Multi-Device melindungi pelbagai peranti – komputer peribadi (PC), Mac, iPhone, iPad, telefon pintar Android dan tablet.
  • Perlindungan Perilaku SONAR – SONAR mengesan isyarat fail berbahaya bagi melindungi anda secara proaktif daripada sebarang ancaman baharu. Ia membantu menyingkir dan membersihkan cubaan malware dengan menyimpan bukti serangan untuk kegunaan teknologi pembaikan Norton pada masa akan datang. Pemulihan ini membantu memastikan semua jejak serangan malware dihapuskan dan sistem dikembalikan kepada asal.
  • Sistem Perlindungan Internet – Ciri ini melindungi peranti anda secara aktif daripada ancaman dalam talian. Sistem ini memeriksa setiap laman web dan laman rangkaian sosial dengan menyeluruh bagi mencari pautan-pautan dan kandungan meragukan untuk mengenal pasti jenayah rangkaian sosial baharu.
  • Kawalan Ibu Bapa – Ciri ini membantu anda melindungi anak-anak daripada bahaya Internet dengan memberikan anda akses secara langsung kepada Norton Family. Norton Family merupakan servis berasaskan web bagi menghubungkan ibu bapa dengan anak-anak mereka secara langsung di dalam talian dan memulakan dialog tentang langkah-langkah melayari Internet yang betul.
  • Prestasi Lebih Pantas – Berdasarkan ujian terkini, berbanding pengeluaran tahun lalu, produk-produk Norton telah memperbaiki waktu proses menghidupkan semula komputer (boot) sebanyak 15 peratus, kelajuan pemasangan (install) dengan 10 peratus dan penggunaan memori ketika imbasan sebanyak 100 megabait (MB). Justeru ia menjadi prestasi yang terpantas dan paling lancar setakat ini. (Sumber: PassMark, Ogos 2013)
  • Mengesan telefon/tablet yang hilang – Ciri Penggera Jeritan (Scream Alarm) mengisyaratkan anda kepada lokasi tertinggalnya peranti mobil. Ciri Pengesan Jarak Jauh (Remote Locate) pula menentukan arah tepat peranti anda yang hilang atau dicuri pada peta.
  • Menggandakan Keselamatan Identiti Norton – Keselamatan Identiti Norton (Norton Identity Safe) mengingati, melindungi dan memasukkan nama pengguna dan kata laluan secara automatik untuk anda bagi mengelakkan ia hilang atau dicuri. Pengenalan baharu ini juga menawarkan alat pengurusan kata laluan yang lebih baik termasuk penambahbaikan pengisian borang dengan fungsi tarik dan lepas (drag-and-drop). Carian vault penuh yang disediakan secara langsung daripada bar alat (toolbar) juga membantu menguruskan kata laluan dengan lebih selamat dan mudah.

Norton-360-Multi-Device

Versi terbaharu Norton 360 Multi-Device kini boleh didapati di Malaysia menerusi peruncit-peruncit dan secara dalam talian di http://malaysia.norton.com. Harga cadangan runcit pengeluar (MRSP) bagi Norton 360 Multi-Device ialah RM189. Ia meliputi perlindungan satu tahun untuk maksimum tiga peranti.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button