Buletin

OPEL MOKKA GSE – EV PALING LAJU DALAM KELUARGA

Opel telah memperkenalkan model SUV elektrik terbaharu dan terlaju mereka masa kini secara maya, Opel Mokka GSE ya. Model SUV EV ini diperkenalkan dengan seiring pengenalan model Mokka yang telah dikemas kini bagi pengeluaran model 2026 nanti.

Model yang Mokka generasi kedua ini telah diberikan beberapa perubahan dari segi kosmetik dan juga perubahan teknikal membolehkan ianya kekal berdaya saing dengan model SUV dalam segmen B yang lebih baharu dan berteknologi.

Tetapi pengenalan Opel Mokka GSE ini pastinya memberikan sesuatu yang lebih kepada bakal pemiliknya kelak. Rekaan fascia hadapan telah diberikan sedikit perubahan meliputi gril & bampar untuk tampil lebih segar serta rekaan logo baharu di bahagian tengah.

Dan Opel Mokka GSE ini tampil dengan lebih mengagumkan dengan prestasi yang lebih baik. Dengan output maksimum 207 kW (280 HP), model EV yang akan memulakan produksi massa ini tampil dengan kuasa yang handal juga dengan kuasa tujahan 345 Nm.

Ianya mampu memecut dari 0 ke angka 100 km/j hanya dalam tempoh 5.9 saat serta mempunyai kelajuan tertinggi 200 km/j. Opel Mokka GSE ini akan menjadi model EV terlaju dalam keluarga Opel. Opel Mokka GSE ini juga turut menawarkan tiga mod pemanduan untuk dipilih pemanda sama ada Sport untuk mendapatkan kuasa maksimum, Normal dengan kelajuan maksimum hanya 180 km/j serta mode Eco untuk mendapatkan kecekapan tenaga elektrik yang lebih baik dengan menggunakan pek bateri 54 kWh lithium-ion.

Dengan berat keseluruhan kurang daripada 1.6 tan, ianya dilihat cukup ideal untuk sebuah EV bandar yang sarat dengan teknologi moden serta prestasi yang luar biasa. ebagai contoh, Mokka GSE mempunyai pacuan roda hadapan dengan pembezaan gelincir terhad berbilang plat Torsen serta casis dengan gandar yang direka khas dan penyerap hentak hidraulik berganda baharu. Semua komponen voltan tinggi Mokka GSE standard, seperti motor, penyongsang, bateri atau abah-abah pendawaian menggunakan set daripada model Mokka GSE Rally. Terima kasih kepada pengalaman yang dimiliki oleh Opel dalam model elektrik rali.

Bahagian kabin menampilkan tempat duduk sport Alcantara GSE serta stereng sport yang kelihatan lebih sporty serta pedal aluminium. Juga terdapat paparan skrin untuk pemandu bersaiz 10 inci bagi memaparkan info penting kenderaan.

Pelancaran secara rasmi Opel Mokka GSE akan diumumkan kelak dalam masa terdekat.

BACA : OPEL MOKKA-e. INI BARULAH KERETA MAK KAU HIJAU

BACA :OPEL FRONTERA BAHARU. LAGENDA SUV OPEL KINI SUDAH KEMBALI

Google ads

B K

Back to top button