Motosikal

OTTIMO VIZ110, RM4,288 – SASAR JUALAN 300 UNIT SEBULAN, FOKUS WILAYAH UTARA

Ottimo Technologies Sdn. Bhd. (Ottimo Technologies)  melancarkan motosikal pertamanya, VIZ110 di Jerai Regency Resort, Kedah.

VIZ110 didatangkan daam dua warna menarik iaitu merah dan biru dua tona. Ia boleh anda miliki pada harga RM seunit.

Kapcai itu dijana oleh enjin empat lejang 110cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejukan udara mampu mencapai kuasa 5.0kW pada 7,500pm dan tork 6.9Nm pada 6,000rpm.

Dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan dan tangki minyak berkapasiti 3.6 liter, kapcai menjanjikan jarak sejauh 185km.

Penampilan VIZ110 diserlahkan menerusi lampu isyarat LED, port pengecas USB, paparan meter kelajuan dan sistem pencahayaan yang mematuhi ECE.

Ia juga didatangkan dengan penghidup elektrik, rim aloi bersaiz 17 inci dan brek cakera hadapan (brek gelendung di belakang) untuk cengkaman yang lebih meyakinkan dalam apa jua keadaan.

OTTIMO Technologies mensasarkan untuk menjual 300 unit VIZ110 sebulan menerusi 60 wakil jualan dalam tahun pertama operasi dengan memberi tumpuan awal kepada wilayah utara.

Langkah ini bagi memastikan pelanggan boleh mendapatkan khidmat lepas jualan dan bekalan alat ganti yang terbaik di samping aktiviti pemasaran yang berterusan.

Selain memiliki kilang dan pusat alat ganti di Gurun, Kedah, syarikat itu juga akan membuka pusat 3S di bandar Sungai Petani pada Februari 2019.

Pengarah Urusan OTTIMO Technologies, Daniel Lim menyatakan motosikal mampu milik dengan gaya trendy masih kukuh. Walaupun segmen moped berkapasiti yang lebih tinggi menyaksikan pertumbuhan ketara.

“Dengan pasukan yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang reka bentuk, pembuatan, jualan dan pemasaran motosikal, kami yakin dapat menawarkan produk dan perkhidmatan yang akan menambah nilai kepada kehidupan harian pengguna.

“Kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk pada masa akan datang dengan pendekatan yang tepat pada masanya, lebih berstruktur untuk meningkatkan portfolio secara beransur-ansur untuk memperluaskan asas pelanggan dan penembusan pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ottimo Technologies, Chong Kian Boon.

Ottimo Technologies merancang untuk memperkenalkan sebuah skuter bersesaran 150cc pada pertengahan tahun 2019. Sebelum mengeluarkan model-model lain termasuklah motosikal elektrik dalam tempoh lima tahun.

GALERI

Google ads
Back to top button