Artikel Pilihan

PAKAR PEMBUAT KERETA RALI DARI POLAND – EVOLVE MOTORSPORT

Sesungguhnya benarlah orang kata. Cinta itu buta. Ia tidak pernah mengenal adat dan budaya. Begitulah juga Evolve Motorsport ini. Cinta mereka kepada rali tidak pernah mengenal batas sempadan. Demi cinta mereka terhadap dunia rali, maka terhasillah kereta lumba rali seperti Yaris R4, Fiesta, Fabia dan juga Polo.

Untuk tidak mengetahui, Evolve Motorsport ini adalah merupakan pembuat kereta rali indie yang berasal dari Warsaw, Poland. Dan walaupun mereka indie, tapi mereka tidaklah kodi. Handal bukan main.

Model pertama kereta rali yang mereka bina adalah daripada chasis Ford Fiesta. Sungguh pun demikian, Evovle Motorsport dengan beraninya membuat kerja khurafat apabila memasukkan enjin turbo EJ20. Iya tuan tuan. Enjin Subaru yang dimasukkannya ke dalam Fiesta Evolve ini.

Setakat nak bawa pergi berluma peringkat kebangsaan, sudah tentu Fiesta Evolve ini mampu menjanjikan prestasi dan pengalaman pemanduan yang mengangumkan.

Namun apabila menyedari mereka seharusnya menghasilkan produk yang lebih bersifat global, maka Evolve Motorsport telah bertindak untuk menghasilkan sebuah model R4 yang mampu digunakan untuk bersaing di perlumbaan rali peringkat serantau.

Menariknya mereka memilih chasis daripada Toyota Yaris untuk disumpahkan menjadi Yaris R4 Evolve hasil kerjasama dengan pihak Oreca bagi menghasilkan kit asas R4 ini.

Dan sudah tentu, kereta rali R4 adalah yang paling sesuai bagi seseorang pemandu yang ingin beralih arah daripada kereta RWD kepada AWD.

Menurut pihak Oreca yang bertanggungjawab untuk membekalkan kit R4 ini, model prototaip Toyota Etios R4 mereka hanya kekurangan 0.5 saat per km sahaja berbanding kereta rali R5. Kira tak adalah slow sangat kan.

Jika ada yang keliru, R4 ini sebetulnya adalah kelas perlumbaan duduk diantara kelas perlumbaan R3 dan juga R5. Dan paling penting, sudah tentu kos milikannya 20% lebih murah berbanding kereta rali R5 ini. Kos operasi dan pengendaliannya juga lebih murah jika dibandingkan dengan R5.

Evolve Motorsport menjangkakan harga untuk sebuah model berada pada harga 180-200k Euro (RM831640 – RM924,044). Manakala harga sebuah kereta rali R5 pula boleh mencecah sehingga 220k Euro (RM1,155,055). Hmmm mahal ke murah ni sebenarnya?

Spesifikasi Teknikal

Bodyshell: custom designed by Evolve with FIA certified rollcage
Engine: 1.6 turbocharged with FIA regulated restrictor, 263 HP on 98 octane fuel
Electronics: Magneti Marelli type SRG-340 electronics, identical to most R5 cars
Gearbox: 5 speed sequential Sadev
Drivetrain: AWD with Sadev differentials, robust transversal and longitudinal shafts.
Suspension: several options of dampers for gravel and tarmac, Evolve recommends SX Racing
Interior: FIA homologated seats and HANS compatible harness of your choice
Wheels: Lightweight alloy 18×8′′ Tarmac or 7×15′′ Gravel

Kredit : www.evolve-motorsport.com

BACA : HYUNDAI i20 R5 – KERETA LUMBA MESRA BAJET KOREA YANG HANDAL

BACA : POLO GTI R5 BAHARU SEDIA UNTUK PENGHANTARAN PERTAMA

Google ads

B K

Back to top button