Artikel Pilihan

HYUNDAI VELOSTER RALLY – PERNAH TENGOK?

Harus diakui, populariti kereta Hyundai i20 dalam dunia sukan rali semakin meningkat naik, apatah lagi semenjak ianya menerima surat perlantikan pangkat untuk menjadi jentera rali dalam WRC. Dan populariti yang diraih semakin melampau jadinya apabila versi R5 untuk model i20 turut ditawarkan untuk dibeli oleh mana – mana pasukan yang berminat.

Tapi tahukah, suatu ketika dahulu sekitar tahun 2011 sebuah model rali daripada keluarga Hyundai turut pernah diperkenalkan, Hyundai Veloster. Sejujurnya rekaan bahasa Hyundai Veloster ini Brader Karrager tidak boleh faham sangat. Satu sudut nampak macam sporty, tapi sudut lain apa pasal enth boleh ada lekuk sana sini.

Tapi bila Veloster ini dijelmakan sebagai jentera rali, nampaklah juga kegarangan model ini. Hyundai Veloster ini sebenarnya dibina oleh Rhys Millen Racing (RMR) dan Red Bull khusus untuk beraksi dalam rallycross di Amerika Syarikat. Hyundai Veloster Rally ini mula diperkenalkan sewaktu Chicago Auto Show 2011 oleh Hyundai Motor America.

Pembinaan Veloster Rally ini adalah sebahagian daripada program yang djalankan oleh Hyundai di sana bagi membolehkan pelumba Rhys Millen untuk beraksi dalam perlumbaan U.S. Rallycross Championship 2011 ketika itu.

Menariknya Hyundai Veloster Rally unit pertama ini mempunyai kuasa kuda sehingga 500 HP lengkap dengan AWD melalui penggunaan enjin Theta 2.0 liter dengan pendesak turbo daripada HKS. Barulah sedap si Rhys Millen ni nak berlumba. Dan ketika pada 2011, beliau berjaya mendapatkan kedudukan tempat ketiga keseluruhan dalam saingan rallycross tersebut.

Dan mereka sebenarnya turut membina dua unit lagi Veloster Rally ini, yang mana satu daripadanya digunakan oleh pelumba rali Marcus Dodd (beliau pernah beraksi bersama jentera Hyundai Accent WRC sebelum ini) untuk beraksi dalam saingan Summer X Games. Manakala baki satu lagi unit dibina khusus untuk beraksi dalam Kelas 2WD dalam saingan rallycross.

Tahukah bahawa hampir keseluruhan panel badan Hyundai Veloster Rally ini menggunakan Karbon / Kevlar bagi memastikan BMI jentera rali ini berada pada angka yang sepatutnya. Karbon / Kevlar ini kira kira 75% lebih ringan berbanding penggunaan besi biasa tetapi keutuhannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Kuasa pecut ada. Badan jentera pula steady. Fuh!

HYUNDAI VELOSTER RALLY CAR

  • Curb weight: 2,656 pounds
  • Engine: Hyundai 500-horspower four-cylinder turbocharged
  • Transmission: Xtrac six-speed sequential
  • Transfer case: Xtrac four wheel drive
  • Front and rear differentials: Xtrac
  • Suspension: Proflex jumbo coil over
  • Front Brakes: 14-inch Alcon rotors with 6-piston Alcon calipers
  • Rear Brakes: 12-inch Alcon rotors with 6-piston Alcon calipers
  • Wheels: 18 x 8.5-inch HRE
  • Tires: 245/40-18 Hankook racing tire
  • Seats and harnesses: Sparco

BACA : HYUNDAI VELOSTER N ETCR – KERETA LUMBA ELEKTRIK RWD

BACA : HYUNDAI VELOSTER – IMEJ SPORTY TANPA KOMPROMI

Google ads

B K

Back to top button