
PARODI PANDU UJI KERETA RALI “HYUNDAI R5, TOYOTA YARIS WRC & TOYOTA GR YARIS RALLY1”
Anda adalah peminat sukan rali. Tapi keupayaan untuk memiliki hatta untuk memandu sekali pun kereta rali WRC ibarat jauh panggang dari api. Jadi apa yang harus diperbuat untuk memenuhi nafsu rali anda? Dapatkan sebuah kereta yang sesuai, dan make up jadi sebuah kereta rali jadi jadian.
Sebuah channel YouTube Passats de Canto telah memutuskan untuk membeli model hatchback Hyundai Getz terpakai untuk merubah paras rupa kepada model Hyundai i20 R5. Perubahan yang dilakukan barangkali cukup ringan, hanya melibatkan perubahan warna tema bagi model R5 versi tahun 2018 serta pemasangan skup udara di bumbung Nampak oklah juga kan. Menariknya beliau sempat belasah model “R5” ini secara bersungguh – sungguh. Siap ada kesan bunyi model rali sebenar. Gempak.

Kalau itu dah rasa cukup idea gila, kemudianya beliau telah merubah model yang sama kepada model Toyota Yaris WRC 2020 pula. Dan untuk menjadikannya sebagai hampir kepada model rali sebenar, sudah tentulah beberapa kerja pengubahsuaian harus dilakukan. Termasuklah kit badan yang melebar serta spoiler kapal angkasa. Gila betul.
Kalau tengok nampak macam real. Kit badan yang mengembang, spoiler bapak besar, livery pasukan Toyota Gazoo Racing, serta logo Toyota dan juga perkataan Yaris di bahagian bampak hadapan. Mujur tetapan tayar dan sistem gantungan masih lagi standard sebuah model Hyundai Getz. Tapi paling penting ada tertera nama Sebastian Ogier dan juga Julien Ingrassia di cermin sisi belakang. Kelihatan sama seperti model jentera rali milik Sang Juara WRC tahun 2020 itu.

Kalau dilihat dari jauh memang pasti ramai yang menyangka bahawa ini adalah model Yaris WRC yang menang itu. Memang serupa habis. Sampaikan logo Hyundai pun turut digantikan dengan logo Toyota di bahagian gril. Yang pasti, kerja kerja fabrikasi terhadap kit badan yang diperbuat masih kelihatna agak kemas dan tidaklah kelihatna kelakar sangat. Tapi sebenarnya memang tujuan parodi ini dibuat untuk menimbulkan rasa lucu kepada penonton.

Kemudiannya, pemilik channel YouTube ini meneruskan kegilaannya pada kereta rali ini apabila menjadikannya pula sebagai model ujian Toyota GR Yaris Rally1, yang mana lengkap dengan livery camo. Kali ini kerja – kerja pengubahsuaian tidaklah sesukar mana, memandangkan asasnya telah siap. Cuma lekatkan pelekat pelekat berwana hitam, merah dan kelabu yang dipotong secara rawak.

Kalau diperhatian juga, terdapat set lampu tambahan yang dipasang pada bahagian atas hud hadapan. Nampak macam real sangat dia punya lampu tu. Macam boleh menyala. Padahal guna set pinggan plastik aja pun. Itu pun belum lagi corong udara yang terdapat di kiri dan kanan bahagian belakang yang berfungsi untuk menyejukkan sistem bateri yang tersedia pada setiap model Rally1. Corong udara tersebut diperbuat daripada botol plastik.
Dan satu perkara yang pasti, kesemua kereta ini telah dilanyak seperti kereta rali sebenar. Melompat, berpusing dan memecut laju. Hebat betul skil pemanduan walaupun menggunakan kereta standard.
Kredit Foto : Tangkap Layar YouTube Passats de Canto
BACA : PAKAR PEMBUAT KERETA RALI DARI POLAND – EVOLVE MOTORSPORT