Artikel Pilihan

PASARAN EV MAKIN SEJUK, FIAT MASUK GEAR UNDUR

Stellantis memutuskan untuk menghasilkan Fiat 500 dalam varian enjin pembakaran dalam walaupun ada awalnya Stellantis bercadang untuk menghasilkan Fiat 500 dalam varian elektrik sepenuhnya berdasarkan rancangan awal mereka.

Keadaan ini disebabkan permintaan kereta elektrik yang semakin lemah menjelang suku ke 2 tahun 2024. Berbanding dengan pengeluar kereta elektrik lain yang hanya menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya, Fiat masih lagi boleh menukar rancangan perniagaan mereka dengan menghasilkan kereta petrol.

Strategi memperkenalkan semula enjin pembakaran dalam pada model Fiat 500 bukan sahaja mampu meningkatkan semula jualan dengan varian yang lebih murah dan mampu milik, malah memberi peluang untuk pelanggan merasai semula varian prestasi tinggi milik Fiat iaitu Abarth.

Langkah yang dibuat oleh Fiat adalah selari dengan langkah yang dibuat oleh Ford yang memutuskan untuk menghentikan seketika usaha dan pelaburan dalam kereta elektrik sepenuhnya dan melabur dalam teknologi kereta hibrid.

Pakar ekonomi berpendapat pengguna kereta elektrik yang awal adalah golongan T20 yang berduit dengan membeli kereta elektrik adalah sebagai kereta kedua atau kereta ke tiga milik mereka dengan pelbagai insentif daripada pihak kerajaan.

Pengenalan kereta elektrik kepada golongan berpendapatan pertengahan pula yang hanya mampu membeli sebuah kereta sahaja dalam satu masa, mereka mendapati kekangan yang ada pada kereta elektrik menyebabkan aktiviti kehidupan mereka terjejas.

Antara kekurangan kereta elektrik berbanding dengan kereta petrol ataupun hibrid ialah harganya yang mahal, masa pengecasan yang lama serta jarak perjalanan yang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran seperti suhu dan kelajuan kenderaan.

Keadaan ini menyebabkan ada pembeli kereta elektrik dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah dengan kemamouan memiliki 1 kereta yang berpatah balik kepada kereta enjin pembakaran dalam dan juga trenkuasa hibrid

Google ads
Back to top button