
GEELY ICON BUTTERFLY DILANCARKAN DI CHINA, TIGA VARIAN – 178HP, HARGA BERMULA RM62K
Geely Icon Butterfly secara rasmi memasuki pasaran di China yang tersedia dalam tiga varian dengan julat harga AS$13,400 – AS$16,100 (RM62,920 – RM75,598) iaitu AS$1,800 (RM8,452) lebih murah berbanding model 2023.
Sebagai model facelift, Geely Icon Butterfly tampil dengan warna badan baharu serta pelarasan konfigurasi.
Kemunculan Geely Icon Butterfly mengikuti reka bentuk model terdahulu dan menambah dua warna luaran baharu iaitu Fa Grey dan Cai Pink, sebagai tambahan kepada warna sedia ada Diamond Grey, Fu White serta Sapphire Blue.

Keseluruhan siri ini juga dilengkapi standard dengan badan dua tona warna dan pemegang pintu tersembunyi, yang tidak konvensional untuk kenderaan berkuasa petrol.
Diposisikan sebagai SUV kompak, Geely Icon Butterfly berukuran 4,350/1,815/1.620mm, dan jarak roda 2,640mm.
Varian dua teratas menawarkan sistem bantuan pemanduan lanjutan tahap 2, termasuk bantuan parkir autonomi, bantuan tempat letak kereta jauh, pemantauan titik buta, brek kecemasan automatik dan pemantauan keletihan pemandu, di mana ia direalisasikan melalui 12 radar.

Selain itu, ia turut dilengkapi sunroof panoramic 1.7㎡, pintu belakang elektrik tersedia untuk varian teratas manakala, perincian kabin lain masih kekal seperti model sebelumnya seperti:
- Stereng berbentuk D
- Panel instrumen 10.25-inci
- Skrin kawalan tengah 12.3-inci, dengan sistem kabin Geely Galaxy OS terbina dalam
- Alat kawalan jauh melalui aplikasi mudah alih
- Pembantu suara AI
- Sistem Face Connect
- WiFi
- Huawei Hicar
- Tempat duduk kulit boleh laras elektronik
Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin pengecas turbo 1.5T BHE15-EFZ, menghasilkan 178hp dan 290Nm, dipadankan dengan DCT 7-kelajuan.
Masa pecutan 0 – 100 km/j ialah 7.9 saat dan penggunaan bahan api komprehensif WLTC ialah 6.3L/100km.
- BACA: PASARAN EV MAKIN SEJUK, FIAT MASUK GEAR UNDUR
- BACA: FORD RANGER STORMTRAK EDISI TERHAD MENDARAT DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM181K
- BACA: TIADA LAGI METER ANALOG PADA PORSCHE 911 BAHARU – KUNCI PUN DIGANTI DENGAN FUNGSI KEYLESS
- BACA: TESLA CYBERTRUCK – PALING KONTROVERSI DAN DIBENCI, INI BUKTINYA….



