
FORD RANGER STORMTRAK EDISI TERHAD MENDARAT DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM181K
Sime Darby Auto Connexion (SDAC-Ford), pengedar jenama Ford di Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad.
Muncul dengan spesifikasi tinggi, perbezaan antara Wildtrak X dan Stormtrak bagaimanapun tidak begitu ketara.
Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad hanya ditawarkan sebanyak 200 unit dan tempahan boleh dibuat melalui shop.sdacford.com.my.
Sebaliknya, ia hanya terhad kepada aspek visual sahaja selain tidak didatangkan bersama suspensi, tayar off-road, perlindungan bawah badan serta elektronik tambahan seperti Wildtrak X.

Stormtrak menampilkan LED tambahan baharu di bahagian gril berbentuk X dan diserlahkan dengan rim aloi bersaiz 20-inci.
Jentera baharu ini ditawarkan tiga pilihan warna iaitu:
- Putih Artik
- Kelabu Meteor
- Hitam Mutlak
Model ini dikemaskan dengan grafik hitam pada panel belakang dan aksen merah. Bahagian luaran yang menarik perhatian antaranya sports bar jenis fleksibel yang boleh dilungsurkan ke hadapan atau belakang.
Di dalam kabin, ia dipadan aksen merah-hitam untuk memberikan nuansa garang. Sementara tempat duduk pula dibalut kulit jenis suede Miko.

Perincian lain termasuklah instrumen digital 12.4-inci, skrin sentuh infotainmen 12-inci, brek kawalan elektronik, pencahayaan zon untuk mencerahkan lagi ruang sekeliling kereta dan lampu kargo.
Selain itu, ia turut dilengkapi teknologi seperti penukar gear elektronik serta tekanan brek auto.
Dari segi keselamatan, Ranger StormTrak mempunyai sistem ADAS termasuklah Adaptive Cruise Control, Active Park Assist serta kamera 360 darjah.
Ranger StormTrak dikuasakan oleh enjin Bi-Turbo 2.0L, berupaya menghasilkan 207hp pada 3,750rpm dan tork 500Nm antara 1,750 hingga 2,000rpm.
Enjin itu dipadankan bersama kotak gear automatik 10-kelajuan yang menghantar kuasa ke belakang atau keempat-empat roda.
Ranger Stormtrak boleh dimiliki pada harga bermula RM181,888 di Semenanjung Malaysia, sementara di Sabah dan Sarawak, masing-masing dijual dengan tanda harga bermula RM188,288, atas jalan raya, tanpa insurans.
GALERI:


















- BACA: TESLA CYBERTRUCK – PALING KONTROVERSI DAN DIBENCI, INI BUKTINYA….
- BACA: PAKATAN RENAULT-VOLKSWAGEN BERAKHIR, BINA EV MAMPU MILIK TINGGAL ANGAN-ANGAN
- BACA: TAMBAH ‘ASSEMBLY LINE’, MODENAS CADANG PASANG KAWASAKI NINJA ZX-10R DI GURUN?
- BACA: MITSUBISHI MINICAB TRUCK 2024 DIPERKENAL DI JEPUN, DILENGKAPI AS&G, SISTEM BREK TERSALAH TEKAN



